SAJAK BUAT KERAJAAN TEBUK ATAP

 

BADRUL HISHAM BIN BADARUDDIN

 

 

Aku tak boleh lupa peristiwa malam itu.

Pada malam mereka menaiki takhta,

Mereka semuanya bergembira,

Senyum sampai telinga,

Kemabukan semuanya,

Bergelimpangan berkongsi candu kuasa,

Memenuhi ruang hotel bak istana,

Engkau satu, aku dua,

“Scheme of thing kita bina!”

Berpimpin tangan berganding bahu,

Bila bersua salam bercium tangan,

Bila bercakap saling ampu mengampu,

Bila termenung kemewahan dalam bayangan.

Tidak kelihatan mana Agama dan Bangsa,

Barangkali ditambat di luar sahaja,

Berehat, agar tidak keterlaluan ia bekerja,

Supaya kuat untuk ditunggang semula.

No comments: