‘Saya Pun Tertakluk Kepada TCO’ – PM Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar (tengah) menerima Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Shenandoah, AS pada 11 April 2025.

GOMBAK, 11 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, beliau juga tertakluk kepada penguatkuasaan dan tindakan Travel Control Office/Order (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Malah, tegas Perdana Menteri, semua kenamaan tertakluk kepada tindakan berkenaan.

“Saya pun ada (tertakluk kepada tindakan TCO), semua VIP (kenamaan) ada,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas program Meet Anwar @IIUM di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoal mengapa Menteri Besar Terengganu itu dikenakan TCO.

Ahmad Samsuri Mokhtar, mendakwa dirinya dilabel dan ditanda sebagai individu di bawah status ‘Travel Control Office/Order’ (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas, mendakwa situasi itu sudah berlaku sejak pertengahan tahun lalu.

Katanya, dalam sistem keselamatan negara, TCO merujuk ‘Travel Control Order’ oleh pihak berkuasa iaitu satu bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.




No comments: