Mendepani masalah pengangguran yang
kian kronik ketika pandemik Covid 19 belum berakhir, Pusat Khidmat Ahli
Parlimen Lembah Pantai melancarkan Pusat Kerja & Latihan Lembah Pantai
(PKLP) bagi memudahkan warga yang diberhentikan kerja mencari pekerjaan baharu.
Menurut satu kenyataan yang
dikeluarkan oleh pembantu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, PKLP yang
dilancarkan pada 16 September lalu akan berperanan memadankan pekerjaan kepada
warga Lembah Pantai dengan kerjasama perniagaan-perniagaan tempatan serta
agensi-agensi kerajaan.
"PKLP telah beroperasi secara
dalam talian sejak bulan Mei 2020 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
"Inisiatif ini akan berusaha
untuk memadankan pekerjaan kepada warga Lembah Pantai yang memerlukan pekerjaan
dengan kerjasama perniagaan, agensi kerajaan, Tabung Pembangunan Sumber Manusia
dan Jabatan Tenaga Kerja.
"PKLP akan mengadakan
bengkel-bengkel kemahiran hidup dan sesi-sesi latihan untuk meningkatkan
kebolehkerjaan individu-individu yang bakal meraih manfaat dari program-program
yang bakal dilaksana.
"Inisiatif ini juga berupaya
menjadi platform untuk kerja-kerja penyelidikan, memandangkan data-data yang
tersedia tidak dapat memberikan perincian dan fokus kepada golongan sasaran di
dalam Lembah Pantai," kata kenyataan itu.
Ahli Parlimen Lembah merasmikan PKLP
Selain memadankan pekerjaan,
kenyataan tersebut juga berkata, PKLP berpotensi membantu merentasi sempadan
kesenjangan pendapatan dan kemiskinan dengan memperkasakan warga Lembah Pantai
melalui skim pendidikan juga latihan bagi menghadapi pasaran pekerjaan yang
semakin mencabar.
"Inisiatif-inisiatif di PKLP
dijangka mempertingkatkan peluang kebolehkerjaan melalui langkah-langkah awal
bagi mempersiapkan warga di sini setelah ekonomi negara dibuka semula apabila
pandemik Covid-19 dapat diatasi kelak," kata kenyataan itu lagi.
Malaysia mencacatkan pengangguran
menaik sepanjang era PKP dan PKP Pemulihan.
Berdasarkan kajian REFSA (Research
for Social Advancement), kadar pengangguran di Malaysia mencapai 5.3% pada
bulan Mei 2020, 4.9% pada Jun 2020 dan 4.7% pada Julai 2020.
Oleh itu, PKLP diharap mampu mengurangkan kadar penganguran
dalam kalangan warga Lembah Pantai dan mengumpul pengalaman individu yang
berjaya keluar daripada kepayahan ekonomi untuk dijadikan inspirasi kepada
orang lain.