๐—ง๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง๐—”๐—ก “๐—–๐—˜๐—”๐—ฆ๐—˜ ๐—”๐—ก๐—— ๐——๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง” ๐——๐—”๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐—™๐—”๐—ฅ๐—›๐—”๐—ฆ๐—› ๐—ช๐—”๐—™๐—” ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—ฉ๐—”๐——๐—ข๐—ฅ






Saya mengesahkan telah menerima satu surat dari Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili Datuk Wira Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 22 Ogos 2025 (yang dilampirkan bersama).


Surat “cease dan desist” itu membuat tuntutan supaya saya berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, berhubung satu kenyataan saya yang mengesahkan pemberi maklumat adalah berkaitan urusniaga syarikat yang berkaitan beliau.


Kenyataan saya itu adalah satu penyataan fakta.


Oleh itu, saya bersedia mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah.


Saya telah menyerahkan perkara ini untuk tindakan selanjutnya kepada peguam saya, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri.


Saya berpandangan sekiranya Datuk Wira Farhash memfailkan saman di mahkamah kelak, ia akan menjadi kes berkepentingan awam dan peguam-peguam saya berpeluang menanyakan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak selama ini.


๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

25 Ogos 2025



No comments: