Wednesday, March 11, 2020

KEDAH MUNGKIN TUMBANG?



Rabu, 11 March 2020 | 6:29pm

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (dua dari kiri) melihat hasil tangkapan ikan di bot nelayan di di Pasar Bisik Ikan, Kuala Muda. - NSTP/Nor Farhani Che Ad

Pentadbiran Mukhriz dijangka tumbang

SUNGAI PETANI: Pentadbiran Kedah dijangka bertukar tangan dalam tempoh terdekat, berikutan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) dijangka menyokong pembentukan kerajaan negeri oleh Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa ketika ini, kerajaan negeri gabungan PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tidak lagi kukuh.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, menjelaskan beberapa ADUN negeri dijangka mengumumkan sokongan kepada PN, sekali gus menyebabkan pertukaran kerajaan negeri tidak dapat dielakkan lagi.




No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers