Wednesday, March 11, 2020

PN MAMPU SAMPAI PRU 15?- Mohd Asri Abu Bakar

- Maka lengkaplah siri Game of Thrones oleh Tun M-

2 hari lepas, PH ade buat rapat umum secara tertutup

Wartawan tak dibenarkan masuk.... even takde pun rakaman video ucapan pemimpin PH khususnya DSAI

Aku pun duk cari2 kat Youtube lagi2 kat channel Media Rakyat, pun takde jugak

Tuptap semalam jugak dpt tau yang Tun M dan pemimpin PPBM pro-Atuk tak join pun rapat umum PH tu

Dan DSAI keluar kenyataan melalui rapat umum PH masa tu yang beliau menggesa pimpinan PH rapatkan saf dan siapa2 yang mahu khianat lagi, dipersilakan keluar dari gabungan PH

Ditambah pula dengan kenyataan KakWan semalam, beliau berkata yang akan lead PH adalah Anwar Ibrahim , bukan Atuk lagi atas kapasiti Bersatu bukan lagi sebahagian dari PH

Dalam masa yg sama juga, semalam juga viral gmbar pimpinan Amanah berjumpa dengan Atuk... tah apa lagi diorang buat utk menyembah Atuk lg

Takkan masih mahu buat undi tak percaya lagi? Lupakan aje la.... takyah mimpi nak dapat balik jawatan Menteri2 tu

Hari ni keluar berita dari Sinar Harian, statement terbaru dari Atuk... rasanya interview ni dibuat selepas perjumpaan dengan pimpinan Amanah semalam

Dalam statement Atuk tu, dia tak berharap yg “Vote of No Confidence” dapat dilaksanakan sebab Muhyiddin da bg mcm2 jawatan utk elak MP-MP ni lompat ke Atuk

Kononnya Atuk mcm da hilang harapan utk rampas balik kerusi PM tu dari Muhyiddin

Dan peluang PH utk kembali menjadi kerajaan dlm penggal ni amatlah tipis

Melalui kenyataan Atuk ni, maka lengkaplah siri Game of Thrones yang direncanakan oleh Atuk sendiri

Jadi aku harap PH kuatkan saf dan biar DSAI yg lead

Toksah bertenggek kat Atuk lg da

Ramai da ramalkan yg game plan Atuk adalah untuk install Muhyiddin sebagai PM dan anaknya Mukhriz sebagai TPM

Klimaks da habis.... tinggal nak tunggu pengakhiran game plan ni aje

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers