INSAN INI LAYAK KERANA SELAIN ANAK FELDA, BELIAU JUGA MENUBUHKAN ANAK YANG BERJUANG DAN BANYAK PERKARA MENGENAI FELDA DIKETAHUINYA

 

MAZLAN ALIMAN MENERAJUI FELDA?

Selepas PRU14 dulu, saya melobi agar Sdr Mazlan Aliman dilantik untuk menerajui Felda. Ada asasnya, kerana beliau orang yang bertungkus lumus keluar masuk felda berkempen dalam PRU14 dan hasilnya banyak kawasan atau parlimen yang majoriti felda berjaya kita menangi.

Malangnya, PM kerajaan PH waktu itu memandang sepi isu felda ditambah pula urusannya dibawah menteri ekonomi waktu itu, Azmin Ali. Gandingan pengkhianat Mahathir dan Azmin gagal untuk merealisasikan hasrat Sdr Mazlan Aliman seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH. Kertas putih felda hanya muncul di penghujung nyawa kerajaan PH yang kemudiannya kerajaan PH dikhianati. Sdr Mazlan tentu merasa kecewa sehinggakan beliau terus menyepi hingga kini.

Dunia belum kiamat. Masa masih ada dan peluang terbuka kini. Pengkhianat itu semua telah kita kuburkan secara mengaibkan. Kini, di bawah kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, saya yakin Felda boleh direformkan di bawah Pengerusi baru, Sdr Mazlan Aliman. Beliau anak jati felda, beliau tahu gerak nadi warga felda.

Saya harap PM kita yang amat prihatin masalah rakyat termasuk warga felda dapat menimbangkan perlantikan Sdr Mazlan Aliman untuk mengetuai felda.

WFAUZDIN NS



No comments: