Rafizi nafi dihubungi Azmin- ITU KERJA JKOM

 


Panas! Rafizi nafi dihubungi Azmin


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dirinya dihubungi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.

“Whatsapp bahawa Azmin hubungi saya berlegar. Ramai yang dok mesej tanya. Setakat ini yang hubungi saya hanyalah ex-boyfriend kucing saya,” katanya di Twitter.

Rafizi turut berkongsi mesej WhatsApp tular itu di Twitternya. Asal usul mesej itu tidak dapat disahkan.

Antara lain mesej itu dipetik, “Selepas nadanya semalam yang menyokong saranan YDPA agar Dewan Parlimen dibuka dengan segara, Azmin menjelaskan “saya telah menghubungi beberapa orang otai reformasi semasa kami sama-sama berjuang untuk reformasi dulu. Antaranya Ezam dan Rafizi.”May be an image of 1 person and text that says "Rafizi Ramli @rafiziramli Whatsapp bahawa Azmin hubungi saya berlegar. Ramai yg dok mesej tanya ha3. Setakat ini yg hubungi saya hanyalah ex-boyfriend kucing saya. Jangan cepat percaya macam2 psywar politik. JKOM dan segala hantu jerangKOM tengah giat bekerja. #moratoriumtakjadi Terjemahkan Tweet"

Rafizi, dalam ciapannya, turut meminta orang ramai tidak mempercayai perang psikologi politik.

“Jangan percaya macam-macam psywar politik,” kata Rafizi dalam ciapan itu.

Rafizi dan Azmin dilihat sebagai seteru politik dan hubungan tegang antara mereka dalam PKR diketahui umum.

Azmin adalah timbalan presiden PKR sebelum keluar parti itu susulan perbalahan terbukanya dengan Anwar Ibrahim.

Azmin kini menjadi menteri kanan dalam kabinet Muhyiddin Yassin dan dilihat antara penggerak utama “Langkah Sheraton” tahun lalu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selepas berkuasa 22 bulan.

No comments: