Angin perubahan Sabah mampu selamatkan Malaysia – Kit Siang

 

Oleh Ghafar NS

Situasi politik di Sabah, ditambah pandemik Covid-19 yang melanda dunia, meletakkan Negeri di Bawah Bayu itu berada dalam keadaan getir.

Ini lebih-lebih lagi apabila bukan sahaja rakyat Sabah, malah rakyat di seluruh Malaysia, mengharapkan bantuan daripada wakil-wakil rakyat ketika pandemik itu belum berakhir.

Namun, beberapa wakil rakyat telah bertukar menjadi ‘katak politik’ disebabkan ketamakan kuasa dan langsung tidak memikirkan rakyat.

Ini menyebabkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya rakyat dapat menentukan wakil rakyat pilihan mereka sekali gus memberi pengajaran kepada katak-katak terbabit.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat Sabah perlu melancarkan ‘angin perubahan’ untuk selamatkan Malaysia melalui Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 ini.

Sabah perlu menjadi tempat bermulanya kebangkitan rakyat bagi mengembalikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) yang diangkat oleh rakyat sendiri pada Mei 2018.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri turut menyatakan, walaupun pemimpin-pemimpin PH kecewa dengan rampasan kuasa oleh Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin Yassin, gabungan itu tetap terus berjuang dan berkorban.

Perkara ini kerana misi dan impian lebih besar, iaitu untuk mewujudkan Malaysia sebagai negara yang adil buat semua, aman dan stabil.

Beliau berharap, rakyat Sabah dapat keluar beramai-ramai mengundi Warisan agar pimpinan Shafie lebih stabil dan kukuh di Sabah dan seterusnya meletakkan batu asas untuk Malaysia kembali ditadbir oleh PH.

“Kita boleh mencapai kemenangan pada 26 September ini!” katanya dalam satu ucapan bersemangat di Tanjong Papat, Sandakan malam tadi.

Turut bersama dalam acara tersebut ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan dua calon DAP di Sandakan iaitu Datuk Frankie Poon yang mewakili kawasan Tanjong Papat dan Calvin Chong (N55 Elopura).

Seramai tujuh calon berwibawa dari DAP akan bertanding di bawah panji Warisan dalam PRN Sabah kali ini.

Selain dua calon di Sandakan tersebut, turut bertanding ialah Tan Lee Fatt di N19 Likas, Justin Wong di N69 Sri Tanjong, Peter Saili di N40 Bingkor, Jannie Lasimbang di N25 Kapayan dan Phoong Jin Zhe di N21 Luyang.

Sokong DAP, undilah Warisan!

No comments: