"Chelsea pernah memiliki Mohamed Salah tapi tak pernah nampak masa depannya, dilepaskan senyap-senyap, dan hari ni dunia melihat siapa sebenarnya yang mereka lepaskan."
Salah memegang rekod pemain Liverpool terpantas skor 50, 100 dan 150 gol dalam sejarah.
Kalau kau rasa penyerang yang handal tu mesti datang dari akademi bola sepak elit atau dah jadi superstar sejak lahir, maknanya kau belum kenal siapa sebenarnya "The Egyptian King" yang datang dari perkampungan kecil Nagrig untuk menakluk Liga Perdana Inggeris.
Sempena hari pertama Ramadan ini jom kita korek cerita Mohamed Salah pulak.
Seorang manusia yang mengubah posisi sayap kanan menjadi tempat paling berbisa di atas padang.
Sampaikan bek kiri lawan pun akan tak lena tidur malam sebelum jumpa dia.
Bagi fans Liverpool, Salah bukan sekadar pemain tapi dia adalah simbol kebangkitan seorang raja yang bawa pulang trofi UCL dan EPL yang dah lama terlepas dari genggaman Anfield.
Statistik Salah sejak dia menjejakkan kaki ke Liverpool pada tahun 2017 memang tahap "gila" sampaikan dia pecahkan rekod demi rekod yang dah berpuluh tahun tak dapat dipecahkan.
Dia adalah pemegang rekod penjaring gol terbanyak dalam satu musim Premier League format 38 perlawanan dengan 32 gol pada musim sulungnya 2017-18.
Satu kejayaan yang buat dia menang Golden Boot pertamanya.
Salah juga memenangi anugerah PFA Player of the Year dan FWA Footballer of the Year dalam musim yang sama.
Membuktikan dominasinya dalam liga yang paling kompetitif di dunia.
Fakta paling menarik pasal Salah ialah dia memegang rekod sebagai pemain Liverpool paling pantas mencapai 50 gol, 100 gol, dan 150 gol dalam sejarah kelab itu.
Jauh menewaskan legenda-legenda macam Ian Rush dan Roger Hunt.
Dia juga adalah pemain Afrika pertama yang melepasi angka 150 gol dalam EPL.
Satu rekod yang menunjukkan betapa konsistennya dia dalam mencetak nama dalam senarai penjaring.
Jangan lupa gol-gol solo ikonik dia yang buat seluruh stadium berdentum kegembiraan.
Terutamanya gol masa lawan Manchester City di mana dia dribble bek lawan sebelum buat jaringan "chip" yang sangat cantik.
Salah adalah pemain yang sentiasa dahagakan gol, dia takkan berhenti mengejar bola dan dia akan sentiasa berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.
Satu insting penyerang yang sangat jarang ada pada pemain sayap.
Untuk Mesir pula, dia adalah kapten dan hero negara.
Seorang duta bola sepak yang memberi kegembiraan kepada jutaan rakyatnya setiap kali dia menyarung jersi kebangsaan.
Walaupun dia pernah dibuang oleh Chelsea satu ketika dulu kerana dianggap tak mampu bersaing dengan bintang lain merebut posisinya, dia buktikan yang kesilapan terbesar kelab London itu adalah membiarkan permata berharga ini pergi.
Mosalah ialah "world class player" yang menggabungkan kepantasan, kekuatan fizikal dan sentuhan penyudah yang sangat klinikal, satu pakej lengkap yang sangat digeruni oleh setiap pertahanan lawan.
Dalam bola sepak, kesabaran dan kerja keras adalah kunci untuk mencapai impian, tidak kira dari mana latar belakang kita.
Seorang raja yang memerintah dengan kecekalan dan jaringan gol yang tak henti-henti.
Mo, The Egyptian King.
Pada kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua followers dan pembaca setia Jeff Karim yang beragama Islam.
Semoga dibulan yang mulia ini membawa keberkatan, keampunan dan kedamaian kepada kita semua.
Jom banyakkan amal ibadah dan kuatkan semangat berpuasa.
Jeff Karim.

No comments:
Post a Comment