Harga barang tinggi, tapi kerajaan tidur

 


POSTED BY AMIR WRLR


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan gagal menangani isu harga barang dengan sewajarnya.

Presiden KEADILAN itu berkata, keadaan cukup berbeza ketika Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Masa Saifuddin dulu, ada task force selesaikan masalah ini. Tak boleh beban macam ini, orang susah, pengangguran tinggi, kadar kemiskinan bertambah, harga barang meningkat tetapi senyap sunyi dari kementerian dan kerajaan.

“Ini memang sangat mendukacitakan dan dikesalkan sedangkan harga barang ini isu serius,” katanya.

Anwar juga berpandangan beliau akan sibuk menguruskan isu harga barang jika menjadi menteri.

“Masa saya menteri dulu, benda ini akan jadi riuh, kita panggil mesyuarat, jawatankuasa nak tangani masalah ini, bawa penguatkuasaan, macam macamlah.

“Ini macam tak ada apa. Tiada apa tindakan. Kerajaan ini kerajaan tidur, gagal dalam menjalankan tugas,” katanya.

 

No comments: