200 buah laptop sudah sampai. Hati terasa amat gembira. Pesanan
ini sebenarnya dah buat awal tapi tersekat kerana isu kekurangan komponen
global. Ada kawan-kawan yang nasihat saya stop projek ini memandangkan sekolah
sudah buka. Sebab nak kutip dana beli laptop bukan mudah, perbelanjaan ofis
sendiri pun sudah nak habis.
Tapi terkenang nasib anak-anak yang tak mampu untuk beli laptop
nak belajar, saya buat keputusan teruskan projek 'Asal Cek Mau Pi Sekolah'.
Laptop yang kerajaan janjikan pun tak sampai-sampai, kini sudah masuk bulan
April. Syukur sekurang-kurangnya di Bukit Mertajam, kita agihkan 500 buah
laptop dan tablet setakat ini. Susah sikit takpa, letih sikit takpa. Asal Cek
Mau Pi Sekolah, saya akan kerja keras untuk cari dana.
Kriteria nak pohon?
Anak-anak Bukit Mertajam (Tingkatan 5 - Universiti/Kolej) yang
bersungguh-sungguh nak belajar dari keluarga kurang berkemampuan (B40 &
M40, bergantung kepada bilangan anak).
Saya tak akan tanya kamu kaum apa...
Saya tak akan tanya kamu agama apa...
Saya tak akan tanya kamu undi parti apa...
Asal Cek Mau Pi Sekolah saya akan bantu...
Orang yang derma ada Cina, Melayu, India...
Anak-anak yang dapat ada Cina, Melayu, India...
Kita semua orang Malaysia...
- Steven Sim
Chee Keong, MP DAP Bukit Mertajam