ABI TALIB BAPA SAUDARA NABI S. A. W. TIDAK MELAWAN KEBENARAN ISLAM DAN TIDAK MELAWAN KEBATILAN QURAISH


SARIDAH SH ABDULLAH

Kenapa apabila kita sebagai rakyat apabila menegur org politik dicop berpolitik? Ditegur pula kita agar jaga diri dan famili, seolah kita sedang mengumpat mereka yang sedang tadbir negara sekaligus terkait dengan kehidupan kita.
Mereka menyindir kita seolah kita buat dosa besar tegur pemimpin sedang mereka pun galak sebar ceramah fitnah ustaz dan pemimpin. Hairan sungguh yang jahat gigih dikongsi, teguran dihalang pula!
Di zaman Rasulullah s.a.w. BUKAN tidak ada yang diam tidak menegur kejahatan dan kezaliman pemimpin Quraish tetapi melawan pula Nabi s.a.w. yang menegur perbuatan mereka melalui wahyu yang diterima Baginda. Ada juga yang diam tidak melawan Nabi, tetapi tidak juga beriman dengan risalah yang dibawa Nabi s.a.w.
Di Malaysia BUKAN sikafir yang kita tegur, tetapi yang Muslim, yang bersyahadah, yang baca bismillah TETAPI menyemai benci dan menyubur fitnah. Takkanlah kita terlalu baik sehingga diam sahaja agama kita diseleweng, dipersenda oleh mereka yang mengaku beriman dengannya? Mereka mengelirukan orang bukan Islam, dan kita yang tidak bersetuju penyelewengan mereka akan terpalit sama!
Yang baca al quran itu orang Islam. Orang bukan Islam tidak membacanya. Mereka melihat tingkah laku orang Islam yang menjadikan al quran sebagai panduan mereka. Tentu mereka akan fikir Islam membenarkan seorang Muslim itu berbohong, mencuri, merasuah, memfitnah apabila mereka melihat setiap hari itu yang dipamer oleh seorang Muslim.
Lalu orang Muslim yang tidak mencuri, menipu, merasuah, memfitnah DIAM dan BIAR saja?


No comments: