HASIL KUNJUNGAN KE CHINA.


Alif Jamil


 Hasil kunjungan kerja PMX ke China menerusi mesyuarat perniagaan, Malaysia raih potensi pelaburan RM905 juta dlm sektor kimia & telekomunikasi.





JD.com bersedia utk membeli produk tempatan RM180 juta, serta prospek eksport semikonduktor RM2.2 bilion dalam 1–2 tahun akan datang.


Dipentas antarabangsa pulak, PMX konsisten tegas dan lantang bersuara tentang perdamaian Myanmar dan nasib Gaza sambil menghadiri ulang tahun ke-80 penamatan Perang Dunia Kedua di Beijing.


Mesejnya beliau kpd dunia jelas bahawa Malaysia menolak sebarang bentuk penindasan dan hipokrasi kuasa besar.


Hubungan baik beliau dgn Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang membuka ruang kerjasama baharu dalam pendidikan, pelabuhan, teknologi dan AI. 


Dan Malaysia tampil sebagai kuasa sederhana yg dihormati dan disegani, bukan sekadar mengikat MoU yg tak berhasil.


Ya, memang benar kita belum merasa sepenuhnya kejayaan itu hari ini.


Sebab itulah perlunya Anwar Ibrahim utk terus memimpin negara dgn lebih lama..


Hasilnya harini sudah mula nyata, dan akan dirasa oleh semua nanti. 


Saya nampak kesungguhan dan kerja keras beliau yg ikhlas mahu membela nasib rakyat dan mengangkat martabat negara pada tempat yg tinggi. 


Hanya saja beliau perlukan masa dan dokongan dari semua untuk jayakan usaha murni ini. 


Moga diperkuatkan setiap langkah dan usaha PMX untuk terus memimpin negara ini dgn berjaya. 


Untuk negara. Demi rakyat 🇲🇾



No comments: