MENGAPA TAKUT PASMA : PENDEDAHAN SIRI (2)


MENGAPA TAKUT PASMA : PENDEDAHAN SIRI (2)

Perancangan kerajaan Perpaduan UMNO PAS adalah perancangan halus yang dibuat oleh musuh PAKATAN RAKYAT iaitu BN. hanya dengan perpecahan dalaman PR sahaja, BN akan terus kekal memerintah. Oleh itu usaha yang terancang dilakukan dari dalaman PAS.

 Ustaz Ahmad Awang menerima panggilan daripada pimpinan tinggi PAS supaya diwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Perak. Ustaz Ahmad Awang menolak, akhirnya beliau diketepikan. Beliau menyebutkan bahawa orang berkenaan adalah ahli MSU yang berpengaruh, beliau bukanlah TG Nik Aziz.

 Semua Jawatankuasa PAS Pusat tahu siapa pimpinan tersebut. Malangnya hingga hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil ke atasnya, malahan tindakan beliau semakin drastik untuk mengeluarkan PAS dari PR dengan alasan demi perpaduan Melayu Islam. Siapakah mereka; mereka ialah pemimpin PAS yang selalu mencadangkan supaya tahaluf siasi di kaji semula dan anggotanya ialah pemimpin PAS yang menyerang PKR dan DAP siang dan malam. 

Mereka tidak akan menyerang UMNO/ BN. Rundingan dengan pimpinan UMNO/BN berjalan terus dan matlamat mereka ialah PAKATAN RAKYAT berpecah. Mengapa JPP tidak mencadangkan supaya sebuah tribunal siasatan ke atas anggota MSU yang berunding dalam gelap dengan UMNO/BN dan tidak walak kepada keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PR.

Ustaz Ahmad Awang dan DS Nizar ada jawapan, siapakah anggota MSU berkenaan. Mereka wajar dipanggil memberikan penjelasan individu berkenaan. Persoalannya, mengapa isu ini sengaja diketepikan dan tidak ada sebarang tindakan disiplin dibuat.



No comments: