Saya pernah menang, saya pernah kalah dlm kehidupan
PH TEWAS… MALU APA BOS KU?
PN lemah BN kuat itu hakikatnya politik identiti. Bila Melayu marah BN kuat, bila kaum bulan Melayu marah PH kuat… politik sgt dinamik.
Saya mengajak ahli parti muhasabah. Tanya saya dari kekalahan ini, 50% berpunca dari strategi dan pengurusan kita sendiri yang tidak betul di hati masyarakat, selainnya kekuatan lawan kita.
Cuma saya tidak boleh menulis di sini dan telah saya sampaikan kpd pimpinan.
Kita pernah kalah tinggal 1 kerusi dan kita menang jumlah tertinggi hingga menjadi kerajaan 2 kali.
Di wall saya ramai mengkritik dan malah ada DM…saya terbuka dgn kritikan yg rasional dan berfakta.
Saya pernah menang, kawan2 saya malah saudara mara di dlm UMNO ‘marah’ dan kecewa.
Adakah saya kecewa kekalahan ini?
Sebagai manusia tentu saya kecewa dan sedih. Allah pun mengiktiraf perasaan sedih manusia beberapa kali di dlm Al Quran.
Saya sebenarnya alami perasaan kecewa or sedih ini saban minggu. Bukan sahaja di tempat kerja, keluarga dan kawan2 tetapi juga kerana sukan.
Setiap minggu saya akn menonton game EPL dan Formula 1. 30 tahun kena ‘booo’ dgn penyokong MU sudah menjadi perkara biasa.
Tapi bila Liverpool menang… saya gembira dan meraikan kemenangan itu. Biasalah gurau2 kasar dgn kawan2.
Begitu juga team Ferarri dulu setiap musim menang di zaman M Schumacher. Selepas era Schumacher, Mercedez, Red Bull dan Mc Laren ambil posisi champion.
Dlm politik begitu juga…dah tak hairan dgn kritikan or kutukan. Perjuangan mesti diteruskan… suatu masa nanti pasti akn menang kembali.
Hampir 4 tahun lalu, kawan saya dari UMNO merasai perasaan sedih ini. Mereka kata mcm tak percaya UMNO tewas pada PH dan PN. Politik sgt dinamik mengikut situasi semasa… boleh berubah rubah.
Bukan sahaja dlm parti Melayu, parti Cina juga begitu. 60 tahun MCA dan Gerakan menguasai pengundi Cina, giliran DAP sejak 2018. Skg seolah ada peralihan kembali kpd MCA walapun tidak besar.
Yg saya hairan yg serang saya org PAS dan rakan lama yg kini sertai BERSAMA. Saya hormati kawan2 kerana silaturahim itu penting.
PAS tewas dpt telur ayam, PH dpt 8 kerusi kenapa penyokong PAS seronok hentam PH? Yg tewas teruk PAS, sepatutnya ‘org PH’ la yg ‘kutuk’ PAS!
Mesti ingat walaupun PAS kata undi BN, tapi DUN Pas bertanding lawan BN mereka tewas semua.
Parti kawan2 saya pula… aju soalan siapa Panglima Perang PKR?
Saya tanya balik siapa Panglima Perang BERSAMA yg hilang deposit di semua DUN? Cukup2lah utk menghina parti lama, fokus dgn jalan masing2… move on.
Saya kagum dgn Dato Lokman Adam, tiada langsung dia menghina parti saya atau Anwar Ibrahim. Patut dia lah yg boleh ‘kutuk’ parti saya sb partinya menang, ini yg hilang deposit pula bersuara.
Malah dia berpesan kpd partinya sendiri jgn sombong dgn kemenangan ini.
Bila politik identiti masih menebal… BN dan PN akn berebut kuasa. Boleh bersama tetapi tidak akan kekal. Bila PAS berkuasa, BN lemah. BN kuat, PAS pula akan lemah.
Bila kaum bukan Melayu marah sejak 2018, PH kuat dan BN lemah. Ini kerana di Malaysia politik identiti mengatasi polisi.
Saya baru pulang dari Seremban. Hanya boleh bersedih dan termenung hingga jam 3 pagi tadi bila sampai ke rumah.
Lepas tengahari ke Seremban utk mulakan persiapan di N9… move on.
Utk perjuangan saya, ‘Malu Apa Bos ku’… bos saya ( Anwar Ibrahim ), benar dia tidak sempurna… tapi saya tidak malu berjuang utknya kerana dia tak mencuri harta rakyat, dia suka tolong rakyat miskin, dia kerja kuat nak pulihkan ekonomi negara.
Kita tewas faktor utamanya kerana politik identiti yg menebal. Jika berdasarkan tata kelola pengurusan, kita terbaik.
Apa sebab saya perlu malu dan hentikan perjuangan ini. Malah saya berbangga mempunyai seorang ketua seperti Anwar Ibrahim. Selagi parti mahukan saya… Insyallah saya akn teruskan
NORMAN RADUAN
No comments:
Post a Comment