Saya setuju dengan pendapat Presiden. Dalam parti kalau kita bodo tak ikut bos tak boleh nak hormat bos, kita tak kemana jugak. Jadi setiap Parti kena belajar cara hormat Presiden.
Presiden ni dia tahu apa yang dia cakap, dia makan garam awal lagi dari korang semua.
Sebab saya setuju, sejarah Pas mengkhianati kawan ni bukan baru berlaku, dari tahun 1974 lagi kerjasama tak ada yang berjaya bertahan lama pun.
Malah dengan DAP pun pernah bekerjasama.
Saya bagi contoh yang terdekat je , Dun Kuala Sentul. Masa kerjasama Pas dengan Bersatu erat, apa yang dorang tak puji si Jasri, semua yang Jasri kaluar statement semua Pas puji.
Sekarang, mesyuarat Agung Pas maran, tukang usung Jasri kesana kemari yang usul nak letak calon Pas di Dun Kuala Sentul kononya Bersatu ni dah tak boleh pakai, lagipun memang tak ada jentera. Semua jentera Pas.
Ikutkan betul lah cara Pas tu.
Tapi nak gambarkan dekat korang, Pas ni dia akan berubah bila - bila masa. Apa yang bagi untung dekat dorang, dorang jilat sungguh - sungguh.
Kita tengok Terengganu, selapas MN lah kita BN kalah teruk semua kerusi hilang sampai 32-0. Sampai tak ada satu pun kerusi, sedih.
Pahang kalau nak 0 kerusi boleh lah buat kerjasama dengan Pas, kononnya demi Ummah dan Agama.Esok dah kuat dorang tinggal kita macam Pas buat sebelum ni. Jangan pisang berbuah dua kali.
Cuma satu je saya respekt Pas ni. Pas ni dia ikut cakap Presiden dorang. Tak macam sesetengah ahli Umno.
Lebih baik diam je dari keluar perkataan , “kami akan sokong Umno bila Presiden turun”. Nampak bodo banyak.
Korang kena belajar konsep wala dengan orang Pas baru lah boleh berjuang dalam parti.
Sekian.
Asmawi.

No comments:
Post a Comment