Che Ibrahim.
DAP adalah rakan setia PKR semenjak PKR ditubohkan tahun 1998. Dap juga rakan setia Pas dalam pakatan pembangkang (PR) sebelum Pas bertindak memutuskan hubungan "tahalluf siyasi" dengan Dap tahun 2015, sekaligus menyebabkan PR terbubar.
Selepas itu Amanah mengambilalih kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang PH bersama PKR dan Dap. Maknanya hubungan Dap dengan Amanah dan PKR sudah sinonim semenjak zaman pembangkang.
Apabila PH berjaya menewaskan BN dalam PRU 14 2018, Dap mula menjadi serangan yang bertali arus, tembakan ke atas Dap melebihi tembakan Israel kepada tentera Palestin.
Wpun BN telah bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan mulai tahun 2023, UMNO dilihat sama naik dengan Pas menjadikan Dap sebagai musuh politik melalui isu isu agama dan perkauman sehingga Dap dilihat satu "liabiliti" kepada PMX.
PH bersama PMX kena memikirkan sesuatu bagaimana untuk mengurangkan liabiliti ini menjelang PRU 16. PRN Sabah, Johor dan bakal diikuti oleh N9 dan Melaka boleh dijadikan panduan untuk merancang strateji baru.
Ambo yakin Dap akan kekal dalam PH dan tidak akan bergerak solo dalam PRU 16 nanti. Dap juga tidak mahu menjadi parti politik sekadar menghuni pasukan pembangkang.
No comments:
Post a Comment