Terima Kasih PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tahniah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Selama ini KKM terpaksa melalui birokrasi yang panjang untuk urusan perjawatan. Kini, bermula 9 Julai 2026, KKM diberi autonomi mengurus sendiri perjawatan. Inilah maksud reformasi sebenar – kuasa membuat keputusan diletakkan kepada kementerian yang lebih memahami keperluan di lapangan.
Hasilnya?
✅ 4,500 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap tahun ini.
✅ Lebih 18,500 doktor telah dilantik tetap sejak 2023.
✅ Pengisian doktor di hospital dapat dibuat dengan lebih pantas.
✅ Doktor yang berpindah kini dijamin menerima elaun perpindahan mengikut kelayakan, tidak lagi menanggung kos sendiri seperti dahulu.
Bukan sekadar slogan, tetapi perubahan dasar yang memberi manfaat terus kepada doktor dan akhirnya kepada rakyat. Bila kebajikan petugas kesihatan dijaga, perkhidmatan kepada pesakit juga akan menjadi lebih cekap dan berkualiti.
Inilah reformasi yang sebenar. Kerajaan MADANI bukan sekadar bercakap tentang perubahan, tetapi melaksanakannya satu demi satu.
PMX memimpin reformasi, Menteri Kesihatan melaksanakannya. Rakyat menikmati hasilnya.
#pokwiejebond

No comments:
Post a Comment