PMX ZIARAH SAHABAT LAMA

 


Saya ke Batu Pahat, Johor petang ini dan sempat ketemu sahabat lama Syed Hamid Ali di rumahnya. Saya kenali Pak Hamid sejak sekian lama. Beliau adalah antara tokoh penting dalam gerakan mahasiswa sewaktu kami di Universiti Malaya dan lantang memperjuangkan isu keadilan sosial dan hak orang-orang susah.








Kami menghimbau pelbagai kenangan lama. Antara yang kami kenang adalah jaket merah yang pernah dipinjamkan Pak Hamid kepada saya ketika menghadiri satu persidangan di luar negara puluhan tahun lalu. Malangnya, jaket itu tidak dapat saya pulangkan kerana hilang di Tok Kun. 😅


Terima kasih atas keteguhan dalam perjuangan, kekal setia dalam khittah perjuangan, serta kesediaan berterusan berkongsi pandangan dan pedoman. 


Saya mendoakan kesihatan dan afiyah berpanjangan buat Pak Hamid dan keluarga. Juga sempat sampaikan salam daripada Azizah, manakala beliau hadiahkan saya memoir Kenangan Seorang Patriot.



No comments: