AGAKNYA INILAH YANG RAFIZI SEBUT "MENTERI SELUTUT" BUKAN MENTERI KANAN?



May be an image of 1 person and text that says "Pembukaan Parlimen lambatkan imuniti kelompok dicapai- Hamzah Astro Awani Jun 4, 2021 13:27 MYT Hamzah berkata, kerajan turut menghadapi masalah dengan sesetengah pihak yang melakukan kempen anti vaksin. -Gambar fail KUALA LUMPUR: Desakan pembukaan Parlimen oleh sesetengah ahli politik atau nihak tertentu akan menyebabkan kelewatan"


Tengok hujah dia pun buat ramai akan ketawa. Patut la negara lain tak respek negara kita kerana adanya menteri otak kat lutut seperti ini.

Tengok, apa dia kata;

"Dalam pada itu kata Hamzah, penganjuran Kongres PKR secara maya membuktikan parti itu sendiri tidak mempunyai keberanian untuk membuat sebarang perjumpaan bersemuka seperti di Parlimen."(Awani)

Alasan dia tak mahu parlimen dibuka kerana melihat kepada dalil iaitu Keadilan pun buat Kongres melalui maya. Kononnya Keadilan pun akui bahaya berkumpul dan sebab itu parlimen pun tak bersidang. Nampak tak bodohnya?

Keadilan buat kongres secara maya kerana patuh kepada SOP PKP dan lock down yang tidak benarkan rentas negeri. Itu peraturan kerajaan tebuk atap kamu juga yg buat. Keduanya, berapa ramai perwakilan Keadilan yang telah terima vaksin? Ahli2 Parlimen kesemuanya telah terima vaksin. Lagipun, jumlah perwakilan jauh lebih ramai dari jumlah MP dan mereka ramai yang tidak menerima vaksin. Apakah perbahasan dlm kongres itu lebih penting dari perbahasan di Parlimen? Menteri selutut ini tahu bezakah?

Malangnya negara kita ada ramai "menteri selutut".

WFAUZDIN NS

No comments: