BANTU PENIAGA KECIL SEMASA LOCKDOWN (Dari Rafizi Ramli)

 

BANTU PENIAGA KECIL SEMASA LOCKDOWN

(Dari Rafizi Ramli)


Ramai yang akan terkesan dengan perintah lockdown yang terbaru. Kita tiada pilihan kecuali memainkan peranan kita menjaga pergerakan untuk sama-sama melandaikan jangkitan wabak COVID.

Salah satu dari matlamat saya sejak kecil ialah untuk membuktikan bahawa semua orang boleh berniaga dan tidak perlu bergantung kepada bantuan sesiapa. Kalau dulu banyak halangan (dari segi modal, sewa bangunan yang mahal, capaian kepada pelanggan), kini teknologi memudahkan segalanya.

Aplikasi meniaga dibangunkan khusus untuk memberi peluang kepada semua orang untuk mula berniaga secara kecil-kecilan. Ia percuma kepada peniaga (merchant) dan pembeli. Berbeza dengan aplikasi sedia ada yang mengambil antara 20% hingga 30% komisen atas jualan, meniaga tidak mengambil satu sen pun atas setiap jualan dan belian.

Harapan saya lebih ramai yang mula berniaga dan lebih ramai yang menyokong peniaga kecil dengan membeli jualan mereka. Kepada peniaga, jangan letakkan harga yang terlalu tinggi kerana hanya produk yang baik pada harga yang berpatutan yang akan kekal lama.

Membeli dari meniaga bermakna anda membantu ekonomi penduduk setempat (kerana jualan dihadkan kepada peniaga dalam lingkungan 10 km), membantu anak-anak muda yang menghantar jualan (melalui BungkusIt dan Lalamove) dan membantu anak-anak muda rakyat Malaysia yang membangunkan aplikasi ini secara percuma untuk orang ramai.

Lebih baik lagi jika anda juga berniaga dan menyokong peniaga lain dengan membeli jualan mereka dari kawasan setempat. Kaedah membina ekonomi setempat ini lebih berkesan untuk mengukuhkan keupayaan ekonomi rakyat biasa.

Muat turun aplikasi meniaga dari Apple Store dan Google Play sekarang:

Apple Store

https://apps.apple.com/my/app/meniaga/id1516839999

Google Play

https://play.google.com/store/apps/details...

Setelah anda membuka gerai dan mula berniaga, pastikan anda mempromosi gerai anda seperti berikut:

Aktifkan aplikasi meniaga setiap hari supaya dapat mengambil tempahan (ada peniaga mahu berniaga tetapi telefon ditutup!)

Promosikan gerai anda dengan berkongsi di laman sosial dan WhatsApp, gunakan butang yang disediakan di dalam aplikasi untuk mempromosikan gerai anda.

Sebarkan kepada seramai mungkin kerana ini semangat #kitajagakita yang paling mudah. Mereka yang terkesan dengan perintah lockdown terkini, boleh cuba berniaga. Mereka yang ingin membeli sesuatu, belilah dari jiran-jiran sekitar 10km yang dihantar ke rumah, tidak perlu keluar dari rumah.

Ada banyak cara untuk mengubah sesuatu. Ini cara yang paling mudah buat masa sekarang untuk membantu sesama kita.

#meniaga #UntukSemua

Rafizi Ramli