KALAU NAK KUASA APA SALAHNYA USAHAKAN MAIN DUA KOLAM....LEPAS TU DAPAT LA JAWATAN...APA SUSAH SANGAT...DUTA MAKAN GAJI BUTA JA KOT

 


PAS tolak MN ‘terbelenggu’, PN perlu berkuasa, kata Hadi



Hadi berkata, Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan oleh Umno dan PAS pada 2019 berupa gabungan ‘tidak lengkap’.

PUTRAJAYA: PAS menolak Muafakat Nasional (MN) yang hanya melibatkan Umno dan parti itu sahaja, dengan Presidennya Abdul Hadi Awang menyifatkan gabungan seperti itu sebagai “terbelenggu”.

“Mesti diterima hakikat bahawa Perikatan Nasional (PN) yang menjadi gagasan politik lebih besar perlu berperanan dan berkuasa dalam negara masyarakat majmuk ini,” kata Hadi.

“PAS hanya menerima MN yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik PN,” tambah beliau menurut laporan Harakahdaily.

Kenyataan Hadi sekali gus membayangkan PAS menolak MN kecuali Umno bersetuju menerima PN yang ditunjangi Bersatu, sebagai sekutunya.

Ia juga menjawab spekulasi mengenai hala tuju PAS selepas parti itu bertanding pada pilihan raya negeri Melaka di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atas tiket PN, Sabtu lalu.

Walaupun tewas di semua kerusi berkenaan, termasuk tujuh pertembungan dengan Umno, PAS berkata, jumlah undi untuk parti itu bawah payung PN meningkat berbanding pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Umno-BN memenangi PRN Melaka dengan meraih 21 daripada 28 kerusi DUN.

Beberapa pemimpin PAS sebelum ini bertekad mengukuhkan hubungan PAS-Umno menerusi MN tanpa meminggirkan PN.

Bagaimanapun, kenyataan terbaharu Hadi mengesahkan kecenderungan beliau kepada PN, berbanding MN berdasarkan keadaan semasa.

Hadi menyifatkan Barisan Nasional (BN) sebagai “sudah berpenyakit” dan berkata, negara memerlukan “suatu perubahan kepada “proses islah yang dibentuk terkini.”

Beliau berkata MN yang diasaskan oleh Umno dan PAS pada 2019 berupa gabungan “tidak lengkap”.

“Maka perlu dilengkapkan (MN) dengan penubuhan PN,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan PAS yang menerajui tiga kerajaan negeri selain menganggotai kerajaan persekutuan, tidak akan sekadar menjadi “parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja.”

“PAS bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS hanya bersedia menjadi “penyelamat negara” dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya.

“Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata,” katanya.

Hadi sebelum ini menuduh Umno sebagai mungkir janji apabila tidak bersetuju Bersatu menyertai MN.

Umno pula mengecam Hadi dan PAS kerana bingkas menyertai PN walaupun sudah menubuhkan MN untuk bersama Umno.

Beberapa pemimpin Umno turut mendesak PAS berhenti “berenang di dua kolam” dan memilih sama ada bersama Bersatu atau Umno.

Dalam kenyataannya, Hadi berkata, MN dan PN sebagai gabungan yang tidak harus dipisahkan.

“Kedua-dua gagasan ini laksana dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat. Bahkan, ia juga laksana sepasang kasut yang tidak waras jika dipakai sebelah kasut sahaja.

“Bukanlah tujuan gagasan ini demi menjaga kepentingan individu atau kelompok tertentu, sama ada untuk mengangkat ataupun menjatuhkannya,” katanya.

Susulan Langkah Sheraton tahun lalu, Umno menyertai kerajaan pimpinan PN Muhyiddin Yassin tetapi enggan menjadi parti komponen gabungan itu seperti PAS.

Permusuhan berterusan Umno-Bersatu menyaksikan 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, sekali gus memaksanya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ogos lalu.

Beliau digantikan oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...