BAGI YANG RAJIN DAN MAHU BERUSAHA. IANYA TIDAK DATANG SENDIRI,TAPI HARUS BERUSAHA

 







Rafizi Ramli.

Saya kongsikan perkembangan semasa projek Inisiatif Usahawan Tani (INTAN-IPR) di Shah Alam, Selangor. Kawasan di sini kita usahakan tanaman pokok cili dengan kerjasama Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNITI).


Seramai 16 peserta yang terdiri daripada kategori B40 mengusahakan 16,000 tanaman dengan kesemua mereka telah diberikan latihan serta kaedah proses tanaman bermula dari peringkat awal.


Khabar gembira ialah hasil tanaman berjaya diperoleh. Untuk tuaian pertama setiap polibeg telah menghasilkan sebanyak 2.3kg cili dengan harga jualan sekitar RM8/kg.  


Rata-rata pendapatan peserta agak lumayan dan kita akan teruskan IPR INTAN untuk bantu peserta jana pendapatan seterusnya untuk pastikan mereka keluar dari kepompong kemiskinan.



No comments: