TU DIAAA....KENA TAHAN...

Rasuah projek RM56 juta, setiausaha politik bekas menteri direman enam hari #BHkes

SPRM tahan setiausaha politik bekas menteri


Share



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik bekas menteri untuk membantu siasatan rasuah membabitkan projek pertahanan bernilai lebih RM56 juta.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini hingga 13 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.


Menurut sumber, bekas Setiausaha Politik yang berusia 49 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 8 malam tadi selepas hadir memberi keterangan. 
Siasatan awal mendapati suspek dikatakan menerima rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem itu yang dikeluarkan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian pada sekitar Ogos 2019.
SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

No comments: