Wednesday, July 8, 2020

Menteri disaran beri lebih perhatian kepada murid berkeperluan khas



Oleh Teo Nie Ching
(Mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Ahli Parlimen Kulai)
Saya ingin menyeru Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin untuk melihat kepada keperluan, kebimbangan dan keresahan para ibu bapa serta guru-guru terhadap prosedur operasi standard (SOP) untuk murid-murid berkeperluan khas apabila pulang ke sekolah dan ke asrama.
Sejak implementasi Dasar Penolakan Sifar oleh pentadbiran terdahulu, jumlah murid berkeperluan khas telah meningkat dengan signifikan. Ini menunjukkan para ibu bapa, guru-guru serta anak-anak berkeperluan khas merupakan golongan pemegang taruh yang semakin penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sejak pelangsungan dasar ini juga, Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan saya sentiasa meletakkan golongan ini dalam kategori keutamaan ataupun prioriti.
Oleh itu, adalah seruan saya supaya Menteri Pendidikan memberikan sokongan yang jitu serta perhatian yang sewajarnya kepada aspek ini. Sila beri perhatian kepada Bahagian Pendidikan Khas, KPM kerana semestinya pegawai kerajaan kita yang pakar dalam bidang ini mempunyai cadangan dan langkah-langkah penting yang sepatutnya sudah pun dimasukkan dalam SOP yang dilancarkan beberapa hari lepas.
Aspek ini juga harus dititikberatkan supaya Dasar Penolakan Sifar tidak mengalami kejutan negatif yang keterlaluan yang akan menjejaskan para guru, ibu bapa, murid-murid serta semua pegawai Bahagian Pendidikan Khas.
Selain itu, saya juga menasihatkan Kementerian Pendidikan, jika kementerian rasa aspek ini perlu dipertingkatkan lagi, mungkin bantuan pakar dari UNICEF boleh dihubungi bagi memastikan semua cadangan/pendapat serta idea berhubung dengan cara-cara murid berkeperluan khas harus ditangani dalam keadaan menangani Covid-19 dapat dihalusi



No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers