BERHENTILAH JADI MUNAFIK MAHATHIR



1. Buat kesekian kalinya pemimpin Melayu menganjurkan Kongres lagi.(Walaupun mereka akan berdalih penganjur adalah IPT ,kita tahu siapa dibelakangnya)
2. Memalukan. Setelah lebih 50 tahun merdeka dan sepanjang masa itu PM dan pemimpin2 utama politik dan kerajaan adalah semuanya Melayu, hari ini Melayu berkongres untuk mempertahan maruah Melayu.
3. Allah swt beri kita kuasa untuk kita jadi kuat dan adil. Kuasa memimpin ini bukan hanya untuk bangsa kita tetapi semuanya yang dibawah pemerintahan kita. Agar syiar Islam itu sampai kepada seluruh Alam. Pelajarilah dari Nabi Sulaiman AS yang diberikan kuasa dan kekuatan dan mengunakan kuasanya menjaga bukan sahaja seluruh bangsa manusia tetapi seluruh makhluk termasuk semut makhluk paling kerdil.
4. Pemimpin Melayu bila diberi kuasa hanya jaga anak bini dan kroni. Bangsanya sendiri pun tidak diberikan keadilan. Buktinya jelas. Lihatlah yang diatas pentas kongres itu nanti majoritinya jutawan, anak2nya jutawan, rumah dan kereta paling besar dan mewah di kota2 besar dunia semuanya ada diatas pentas itu.
5. Yang melarat adalah bangsa Melayu yang dibawah pentas. Yang diluar dewan lebih ramai yang melarat dan lebih parah sengsara mereka. Hakikatnya bukan rakyat Melayu sahaja. Rakyat Cina, India, Sikh, Kadazan, Iban semuanya ada yang sengsara dan melarat kerana ekonomi semakin mencengkam. Semua mereka wajib dibela oleh pemimpin negara. Tetapi tidak.
6. Maka berhentilah jadi munafik dan hipokrit wahai pemimpin2 negara. Khusus buat Tun Dr Mahathir Mohamed yang Allah telah beri kuasa paling panjang dan lama, berhentilah. Tun telah gagal. Kongres ini adalah manisfestasi sebuah kegagalan.
7. Kalau masih tidak mahu berhenti, setidak2 nya lakukanlah pembetulan dengan jujur, ikhlas demi rakyatmu yang susah. Ingat pesan Saidina Abu Bakar, ‘yang paling dekat denganku adalah yang paling lemah dikalangan ku’.
8. Atau sekurang2nya lakukanlah 2 perkara ini :
i) Buanglah kalangan menteri-menteri yang diberi kuasa kali ini tetapi melakukan perangai serupa seperti mana menteri2 yang diberi kuasa dahulu. Hanya sibuk mengumpul harta buat anak pinak dan kroni sahaja. Bermewah dan menikmati kuasa disaat rakyat bergelut dengan seribu kepayahan.
ii) Sesuai dengan nama kongres maruah. Buanglah menteri yang paling tiada maruah dikalangan kamu. Yang terang melakukan perbuatan tidak bermaruah. Ditayang seluruh dunia. Dicabar untuk didakwa. Diam seribu bahasa. Terus jadi menteri. Dilindungi oleh PM. Tiada maruah.
9. Saya yakin PM tidak akan lakukan semua pembetulan ini. Kerana kongres ini bukan untuk bangsa Melayu. Bangsa Melayu tidak perlu kongres ini kerana maruah bangsa tetap utuh. Yang hilang maruah dan perlukan kongres ini untuk menjaga kepentingan mereka adalah PM dan pemimpin2 Melayu yang terus menjadi munafik dan hipokrit, terus bermain kuasa, kaya raya anak pinak dan kroni mereka.
10. Menjijikkan. Memang tepat namanya kongres maruah tetapi bukan maruah Melayu, maruah pemimpin2 Melayu yang sudah hilang maruah. Nama yang betul dan sewajarnya ialah KONGRES MARUAH PEMIMPIN MELAYU.
Selamat berkongres.(Dengan pembetulan nama kongres)
Mohamad Ezam Mohd Nor
2 Oktober 2019, 3 Safar 1441H.