BORHAN AHMAD
Tentera Israel dan Jordan didakwa berbalas-balas tembakan di
sempadan kedua-dua negara itu menyebabkan satu lagi medan baru di buka Israel
dengan jirannya selepas menyerang Gaza.
Off Grid Desert Farming with Paul & Adrienne melalui
rancangan Breaking News memetik satu stesen radio peribadi rakyat Amerika, Hal
Turner, tembak menembak itu berlaku di sempadan kedua-dua negara itu.
“Ini luar biasa. Satu lagi medan dibuka apabila tentera Israel
dan Jordan melepaskan tembakan antara satu sama lain di sempadan kedua-dua
negara,” kata Paul dalam laporan itu.
Beliau juga menunjukkan satu video bagaimana ribuan rakyat
Jordan (gambar bawah) memecahkan pagar antara Jordan dan Palestin dan berlari
beramai-ramai melanggar sekatan tentera mereka untuk menyertai rakan-rakan
mereka di Tebing Barat.
Di samping itu, roket juga dilancarkan ke arah Israel dari Syria
dan juga dari Hizbullah di Lubnan.
Turki juga, katanya, akan menghantar tenteranya sebagai pasukan
pengaman ke Gaza.
Beliau juga menunjukkan satu video bagaimana ribuan rakyat
Jordan berlari ke arah sempadan antara Jordan dan Palestin untuk menyertai
rakan mereka di Tebing Barat.
“Ini mungkin akan menjadi perang agama yang mahu dimulakan oleh
Erdogan dan Turki,” katanya.