Banyak betul duit dia boleh hidup lama overseas.

 

Zainuddin Omar


Banyak betul duit dia boleh hidup lama overseas. 


Macam mana dia boleh elak dari dikesan oleh Interpol? 


Tentu takkan lama dia duduk sesuatu negara kecuali dia pegang paspot Antigua and Barbuda, Dominica, Grenada, St Lucia, atau St Kitts and Nevis? 



****************

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih gagal mengesan menantu Muhyiddin Yassin iaitu, Muhammad Adlan Berhan yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lalu.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, situasi ini menyebabkan pihak mereka tidak dapat membawa pulang Muhammad Adlan untuk didakwa di mahkamah berhubung pertuduhan pecah amanah.


"Beliau (Muhammad Adlan) tak dapat lagi, tak dapat dikesan untuk dibawa balik ke Malaysia," katanya ringkas ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.


Pada 13 Jun lalu, SPRM memaklumkan cuba mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa lain bagi memburu Muhammad Adlan.


Tak campur kes GISBH

Sementara itu dalam isu berasingan, Azam berkata SPRM tidak campur tangan dalam urusan penyiasatan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).


Katanya tiada unsur rasuah dalam kes berkenaan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.


"Yang ini kita serah pada pihak polis pihak polis SPRM tak campur tangan.


"Jadi pihak polis boleh meneruskan siasatan tanpa campur tangan daripada SPRM," katanya.



No comments: