BALA APA LAGI UNTUK SELANGOR

 



MAN TOBA


{PENGUMUMAN}

LUAS bersama AIR Selangor telah mengesan bau di udara berhampiran kawasan Perumahan Saujana, Rawang lebih kurang jam 12.00 pagi tadi (14 November 2020) semasa pemantauan Ops Sumber Air. LUAS dan AIR Selangor telah membuat pensampelan bau air Sg. Kundang berhampiran taman tersebut dan mengesan bau sebanyak 4 ton.

 LUAS bersama AIR Selangor telah membuat siasatan di kawasan Taman Velox dan mendapati kawasan takungan bersebelahan longkang berhampiran LRK IWK telah melimpah, disyaki bocor berkemungkinan disebabkan hujan lebat di sekitar kawasan berhampiran. LUAS dan AIR Selangor mengambil tindakan pantas dengan meletakkan 14 beg Activated Carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan yang disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK. 

Pihak IWK sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan. Tiada henti tugas LRA dan gangguan bekalan air dilaporkan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

No comments: