KERAJAAN NEGERI AKAN ADAKAN PERARAKAN BESAR BESARAN SEMPENA MAULIDIRRASUL



KERAJAAN NEGERI AKAN ADAKAN PERARAKAN BESAR BESARAN SEMPENA MAULIDIRRASUL

OLEH:Amiruddin Ahmad

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membalas kenyataan yang dibuat oleh akhbar Utusan dan dakwaan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mahu mengadakan operarakan Maulidurrasul sempenan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 26 Februari ini.

Dalam satu ceramah yang di adakan baru-baru ini di Kampung pelet, beliau yang turut berceramah bersama Sdr Mat Sabu, menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sepertimaan yang di katakan akhbar utusan tersebut. Malahan beliau menafikan sekeras-kerasnya di hadapan 10 ,000 pendengar yang hadir dalam ceramah tersebut dimana beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengadakan perarakan besar-besaran sebagai manyahut cabaran dan kenyataan yang di keluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin serta bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Tahun 2008 lalu saya hadir di perarakan yang di adakan di Seberang Jaya, tahun ini , jika saya di benarkan menyertaiya, saya akan turut serta. malah kita (kerajaan negeri)akan menghantar jemputan terhadap Timbalan perdana Menteri dan juga Pak lah sebagai tetamu undangan dalam perarakan yang akan di adakan dan menjemput mereka menyertai perarakan tersebut bersama-sama kita" demikain jelas beliau di ikuti dengan tepukan gemuruh dari puluhan ribu yang hadir mendengar ceramah.

Mengenai kes Dato Zahrain beliau menjelaskan bahawa tindakan keluar parti itu adalah di atas dasar peribadi dimana beliau menyatakan bahawa Dato Zahrain mahukan tender untuk anak syarikat kerajaan negeri yang mahu mengswastakan IGP sebanyak RM 40 juta. Namun dalam masa yang sama beliau mengemukakan syarikat di atas kepentingan beliau yang bernilai RM 2 sahaja. Beliau yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan YB Guan Eng terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP) beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

“ Kalau saya benarkan syarikat RM 2 berfungsi, maka sudah tentulah orang ramai akan mepersoalkan keredibiliti kerajaan kita.Dahulu kita laungkan agar kerajaan telus, namun kini kita cuba membuat perkara yang kita tentang dahulu.Jika syarikat RM 2 saya pasti semua yang berada di sini mampu untuk memohon mendapatkaN tender tersebut” di sambut dengan laungan dan tepukan gemuruh orang ramai.

Mengenai Tan Tee Beng pula beliau menjelaskan permintaan beliau memohon rumah kedai tidak dibenarkan kerana jika diberikan tahun ini tahun hadapan akan minta lagi. Beliau merujuk kepada tindakan beliau yang menghalang tindakan Tan tee Beng untuk mendapatkan sebuah rumah kedai.

“Jika inilah yang mereka minta dan mahu meninggalkan pArti demi kepentingan peribadi kerajaan tidak akan menghalang dan tidak boleh berbuat apa-apa.Kita mesti perkasakan rakyat dan tidak pernah di lakukan sebelum ini dan kini Pakatan Rakyat bantu.”

"Mengenai kes perobohan kedai yang di katakan berlaku,iaitu sebuah kedai di Batu Fereingghi ,kerajaan negeri mengambil pendekatan berunding kerana selain ianya menyalurkan ke dalam laut sisa buangan , ianya juga kotor dan tidak selamat.gerai tersebut di atas pokok , dan kita cadangkan 2 buah rumah kedai di kawasan tersebut sebagai gantinya."

Kerajaan negeri beri peluang berniaga seluasnya .Kita kerajaan rakyat,kita tidak buat .kalau ianya tidak timbulkan masaalah.Apa yang menjadi masaalah bagi kedai tersebut ialah kerana ianya telah mendapat banyak rungutan dari berbagai pihak.Dakwaaan kita meruntuhkan gerai melayu adalah tidak benar sama sekali.


Kontrak / tender terbuka.Dulu bergantung kabel politik sekarang tidak.PDC 70% dan PBA 67% kontraktor Melayu yang dapat dan bergantung kepada kebolehan masing-masing dan memartabatkan bangsa.Kontrak / tender terbuka.Dulu bergantung kabel politik sekarang tidak.PDC 70% dan PBA 67% kontrak tor Melayu yang dapat dan bergantung kepada kebolehan masing-masing dan memartabatkan bangsa kita orang Melayu. Malah kali ini kita lihat ramie peniaga Melayu sebenar yang dating dengan punya kelulusan dan kepakaran yang dulunya kita tidak nampak.

Kita tidak dapat satu sen pun duit kerajaan pusat.Dengan penjjimatan oleh kerajaan negeri, kita dapat jimat wang rakyat.Pada tahun 2008- dari deficit RM-35juta kita jadikan lebihan RM88 juta . pada tahun 2009 kita deficit RM – 40juta kita jadikan Tambahan 77 juta sepatutnya 92 juta kita bayar skandal tanah di zaman Bn sebanyak RM 15juta.

Sk agama rakyat kita tambah program dan bantuan sebanyak RM 24,5 . Di zaman Umno hanya RM12 juta diberikan .

"Warga tua di beri rm 100setahun sekurang-kurangnya .macam kifalah di kelantan.Ini semua kita lakukan untuk rakyat Pulaua Pinang. Dan adalah tidak adil untuk menyatakan kepada saya ,saya tidak membantu kaum Melayu. Saya lihat kali ini kontraktor yang datang pun wajahnya jernih dan bijak juga.Ini bukan macam dulu, kontraktor datang dengan wajah yang bengis dan orang pun takut", demikian jelas Yb Lim Guan Eng lagi.

No comments: