LAGI USAHA GELAPKAN PEMIKIRAN RAKYAT. JANGAN CAKAP,JANGAN SEMBANG, JANGAN BUAT APA-APA.HANYA DENGAR DAN TERIMA SAHAJA.

Lagi gesaan larang jaja kes mahkamah di jalanan


TIGA PULUH JUTA BERGANTUNG PADA SATU LUBANG




KUALA LUMPUR 16 Feb. - Selepas Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meminta kerajaan bertegas terhadap pihak yang mengadakan ceramah berhubung kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai pihak hari ini tampil dengan saranan yang sama.

Menurut mereka, tindakan menganjurkan siri ceramah terhadap kes mahkamah yang sedang dibicarakan itu boleh dianggap menghina mahkamah dan menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat.

Mereka meminta agar institusi kehakiman negara diberi kepercayaan sepenuhnya mengendalikan kes tersebut dan tidak membiarkan sikap tidak menghormati badan perundangan negara menjadi satu trend.

Profesor tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Salleh Buang berkata, tindakan pihak tertentu menguar-uarkan kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh dianggap menghina institusi perundangan negara.

"Ucapan-ucapan yang boleh mempengaruhi kes di mahkamah seperti menghina peribadi hakim, mempersoalkan kes yang dibicarakan itu patut disabitkan atau tidak boleh menjurus kepada subjudis.

"Sesiapa sahaja tidak sepatutnya membuat sebarang komen tentang kes mahkamah kerana tindakan sedemikian bermaksud telah menganggu proses keadilan di mahkamah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Shamrahayu Abd. Aziz menyifatkan sikap pihak tertentu yang tidak lagi menghormati badan perundangan kini menjadi trend.

Beliau yang bimbang perkara itu akan berlarutan berkata, orang ramai kini lebih cenderung untuk mengetahui keputusan mahkamah menerusi blog atau laman web popular yang disensasikan oleh golongan yang gemar berpolitik berbanding media utama.

"Kita buat andaian sendiri mengenai sesuatu kes yang dalam perbicaraan, semua ini boleh dianggap menghina mahkamah,'' kata beliau.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd. Karim berkata, kes mahkamah sepatutnya hanya dirujuk dan dibincangkan dalam kalangan pihak mahkamah, bukan mereka yang mempunyai kepentingan politik.

Beliau meminta masyarakat agar berfikiran waras dan tenang apabila berhadapan dengan kes- kes di mahkamah dan tidak membuat andaian sendiri.

"Sama ada kes yang dibicarakan itu benar atau tidak, itu keputusan mahkamah menentukannya. Janganlah timbulkan kecelaruan. Kita perlu mempercayai keputusan hakim kerana mereka pakar mengenai undang-undang, perlembagaan selain adil dan saksama,'' ujar beliau.

Mengulas perkara sama, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader menyelar tindakan pihak yang menjaja kes mahkamah itu kerana ia boleh membawa impak yang buruk di kalangan masyarakat dan dibimbangi akan membawa masalah dalaman yang lain.

Sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera ke atas pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu, beliau turut menyarankan orang ramai memberi peluang kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes Anwar itu tanpa sebarang pertikaian.




ORANG RAMAI PERTIKAI BUKAN KERANA TIDAK MEMPERCAYAI MAHKAMAH.NAMUN ADA BEBERAPA PERKARA YANG MENYEBABKAN KEPUTUSAN DI PERTIKAIKAN.JADI BIARLAH ISU INI DIJALANKAN DENGAN TELUS DAN SEADIL-ADILNYA SEHINGGAKAN KES-KES LAIN PUN TIDAK DI PERTIKAIKAN.INI YANG RAKYAT MAHUKAN.RAKYAT MENGKRITIK BUKAN BERMAKNA TIDAK SAYANGKAN NEGARA. RAKYAT MENGKRITIK SUPAYA PEMERINTAH MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA LEPAS DAN DIJADIKAN IKTIBAR.ADAKAH PEMERINTAH MENGKAJI SOAL SOAL SEBEGINI???KENAPA SEBEGITU RAMAI YANG TIDAK PERCAYA???KENAPA BEGITU DAN TIDAK BEGINI.?JADI TERPULANG KEPADA PEMERINTAH UNTUK MEMIKIRKANNYA.

No comments: