SELAMAT HARI ULANG TAHUN BUAT DATUK SERI FAUZI ABDUL RAHMAN



Pada tahun 1946, sejarah mencatatkan penubuhan Umno. Pada tahun inilah lahirnya tokoh hebat di Negeri Pahang anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran (era Tunku Abdul Rahman Putra), iaitu Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman.
Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota dan juga bekas Pengerusi Keadilan Negeri Pahang. Saya mula melangkah masuk politik Keadilan di Negeri Pahang ini adalah hasil tunjuk ajar dan bimbingannya. Beliau seorang yang amat low profile, ramah dan kelakar menjadikan beliau tidak segan untuk didekati oleh semua peringkat, kanak-kanak, golongan muda dan tua.
Satu kelebihan yang ada pada beliau adalah beliau boleh bertutur di dalam bahasa mandarin dengan baik. Tidak hairanlah beliau amat digemari oleh kaum Cina apabila beliau berpidato yang diselangselikan dengan jenaka selambanya. Di kalangan warga kampong dan desa terutamanya di negeri Pahang ini gaya ucapannya yang bersahaja dan berloghat Pahang menjadikan isi penyampaian beliau amat berkesan.
Meskipun di sebalk kelembutannya, terdapat juga ketegasan dan keberanian mewarisi sikap almarhum ayahandanya. Ini terbukti sewaktu beliau masih berada di dalam Umno di bawah PM Tun M, ketika Tun M menekan semua pemimpin Umno dan para menteri kabinetnya untuk mempercayai tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim, beliau bukan sahaja menolak fitnah tersebut bahkan beliau terus berhubung dengan Anwar yang ketika itu telah dipecat dari parti. Beliau lebih mengenali Anwar kerana pernah bersamanya di pengajian MCKK. Akhirnya beliau menyertai Keadilan bukan sewaktu Keadilan senang, tetapi sewaktu Keadilan sedang sukar.
Beliau mengorbankan Kerusi Parlimen Indera Mahkota iaitu satu kawasan selamat pada PRU14 untuk memberi laluan mudah kepada Saifudin Abdullah yang kini telah menjadi pengkhianat kepada mandat rakyat. Tergamaknya Saifudin Abdullah menghancurkan hati dan perasaan tokoh yang telah menaikkan namanya kembali di dalam politik setelah Saifudin dicampak oleh Umno dan ditolak oleh pengundi-pengundi di kampongnya sendiri di Temerloh.
Pengorbanan Datuk Seri Fauzi Abdulrahman khususnya di dalam perjuangan Keadilan tidak ternilai. Semoga beliau terus sihat, panjang usianya dan dilindungi Allah SWT serta diberkati.
SELAMAT HARI ULANGTAHUN AYAHANDA DATUK SERI.
WFAUZDIN NS



No comments: