PECAT JUGA AZMIN DAN ZURAIDA

Pemecatan Zakaria.

1.Saya bukan lagi ahli PKR atau mana2 parti politik.

2.Mohon izin saya beri pandangan saya kes pemecatan Sdr Zakaria dari PKR semalam.

3.Pandangan ini kerana ramai kawan2 dlm PKR tanya dan juga saya kenal Sdr Zakaria dari hari pertama beliau sertai PKR.

4.Saya kenal Sdr Zakaria hanya di era reformasi.Sebelum era reformasi saya tidak kenal beliau.Diawal reformasi dalam usaha membina parti khususnya p
Pemuda, saya dapat maklumat ada seorang anak muda yang aktif di Amerika Syarikat semasa menjadi ketua pelajar disana.Makanya saya mencari beliau dan mengajaknya sertai Pemuda Keadilan dan berjuang.Beliau setuju dan bersedia tanpa basa basi.

5.Disaat Pemuda Keadilan ditubuhkan beliau menjadi Exco Pusat dan setelah itu pernah menjadi Ketua Pemuda Pahang.Beliau antara Ketua Negeri yang paling gigih dan effektif mengerakkan akarumbi di era sumpah keramat yang penuh gelora itu.

6.Semalam saya dapat berita beliau dipecat.Saya tentunya terkejut.Lebih terkejut ianya berkaitan rasuah politik.Saya tidak bersedia ulas lanjut kasus itu kerana belum dapat maklumat.

7.Namun saya berpandangan keputusan pecat terlalu keras.Kalau benarpun dia bersalah banyak bentuk tindakan lain boleh diambil selain dipecat.Memecat terus seorang yang sudah lama berjuang membina parti tidak setimpal kerana tiada ruang samasekali untuk dia memperbaiki dirinya.

8.Saya percaya pimpinan PKR mempunyai asas kukuh dan juga hasil siasatan SPRM tentunya menyeluruh dan menentukan.(Saya percaya SPRM telah panggil dan soalsiasat beliau).Namun bentuk tindakan yakni terus memecat atas kesalahan pertama kurang wajar.

9.Saya juga tertanya2 mengapa PKR tidak mengambil tindakan sama sekali terhadap pemimpin yang kelihatan menggunakan jawatan menteri menawarkan projek kepada musuh-musuh parti seperti diberitakan baru2 ini?Itu lebih parah kerana bukan hanya elemen rasuah tetapi khianat.

10.Bentuk rasuah politik itu pelbagai termasuk menggunakan kedudukan untuk keuntungan sendiri.Rasulullah SAW pernah  menyatakan dengan jelas kasus dalam hadis sahih seorang yang meggunakan kedudukannya untuk kepentingan dirinya sendiri.(Sila rujuk Buku Islam dan Rasuah terbitan Hisbah 2017)

11.Saya percaya dan berharap PKR tidak bertindak hanya kepada pemimpin kecil dan melepaskan pemimpin2 besar yang melakukan kesalahan.

12.Sebagai parti paling besar dalam kerajaan hari ini PKR mesti dilihat lebih baik dan kehadapan dalam mendisiplinkan pemimpin2 nya tidak kira pemimpin besar atau kecil.Itulah keadilan.Sesuai dengan namanya.

Mohamad Ezam Mohd Nor
25 Nov 2019, 28 Rabiul Awal 1441H.