Umno akan tendang Pas sebelum PRU 15?
Tulang Besi
Kalau dilihat di kerusi-kerusi yg PAS menang 2018 lepas, ia adalah kerusi2 di mana terdapat sokongan tradisi kepada PAS.
Kawasan2 ini juga antara yg paking keras dan ganas menolak Dr. Mahathir sewaktu Dr. M menjadi Perdana Menteri kali pertama dahulu.
Selama lebih 40 tahun, pengundi2 tegar PAS di kawasan2 ini dilatih dan diajar utk.membenci Dr Mahathir.
Misalnya, dlm PRK Arau 1996, apabila bocor rakaman Dr M. mengkritik Dr Harun Din maka penduduk2 Arau ramai2 menyokong PAS dan menumpaskan UMNO pada masa itu.
Apabila Dr.M menjadi calon Pakatan Harapan tahun 2018, tidak sukar utk jentera2 PAS mengekalkan sokongan mereka. Mrk cuma perlu mengingatkan kembali kpd kebencian mrk kpd Dr Mahathir yg sudah sekian lama diisemai dan tumbuh dengan subur.
Namun, ini berbeza dgb Anwar Ibrahim. Pengundi2 tradisi PAS belum pernah dilatih membenci Anwar Ibrahim sejak zaman berzaman.
Malahan, sejak 1999 sampailah 2013 pengundi2 tegar PAS dilatih utk menyokong Anwar Ibrahim. Pada tahun 2018 pun Anwar tidak diserang krn beliau dalam penjara masa itu.
Sekiranya Anwar mengganti Dr.M maka PAS amat runsing ramai pengundi dan penypkong mrk akan kendur dan akan beralih kpd PH.
Ini krn faktor membenci Dr Mahathir sudah tidak wujud lagi di kalangan psnyokong dan pendokong mereka pada masa itu.
Ini bakal menyebabkan banyak kerusi PAS tumbang serta negeri2 spt Perak, Kedah dan Kelantan beralih kpd PH.
Atas sebab itulah Haji hadi begitu beriya iya hendakkan Dr Mahathir kekal.
Tapi nampaknya BN dah mula sabotaj Haji hadi dan PAS. Mungkin UMNO nampak mrk sudah tidak perlu kepada PAS lagi skrg ini.
PAS MUNGKIN AKAN DITENDANG DARI MUAFAKAT NASIONAL SEBELUM PRU15
Kalau Anwar Ibrahim menjadi PM, maka PAS sudah pasti menjadi parti yang menghampiri kematian dan jangka hayat akhir. Nilai PAS di dalam Muafakat Nasional akan menjadi semakin kecil dan pinggiran.
Hari ini Zahid hamidi mendedahkan bahawa idea utk mencalonkan MCA di Tanjung Piai datang dari Haji HAdi Awang sendiri bukan dari BN atau UMNO.
Zahid berkata:
Mengetengahkan calon MCA untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah cadangan yang disuarakan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menjadi orang pertama yang mengemukakan cadangan itu kepadanya, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini membuktikan parti Islam itu tidak ekstrim seperti yang didakwa sebaliknya berfikiran membuat pertimbangan untuk masa depan politik Muafakat Nasional.
Ini mungkin langkah pertama UMNO di dalam usaha mereka utk membuang PAS. PAS sudah hampir pasti tidak akan memberi kerusi2 Melayu kpd UMNO yg mereka menangi dan kerusi2 lain juga.
Sebelum mereka teruskan dgn rundingan pembahagian kerusi, lebih baik mereka buang PAS terlebih dahulu. Ini mungkin langkah awal Zahid utk membuang PAS.