TEDIA AIHHHH- ZALIM PULAK DAH...LA NI SERUPA TAK DA KERAJAAN...PAS PULA DIAM ?

 Panas! Zahid kata kerajaan PN zalim

Panas! Zahid kata kerajaan PN zalim

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai zalim dan mendakwa Umno dianiaya selama 18 bulan pentadbirannya.

Berucap ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bagan Datuk hari ini, Ahmad Zahid berkata kerajaan PN sebelum ini tumbang kerana kehendak Allah.

“Kita mahu kerajaan 18 bulan itu ditukar atas kezaliman, kebejatan, kelemahan yang dilakukan,” katanya, memetik Malaysiakini.

Ucapan itu disusuli petikan daripada ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud bahawa Allah merupakan pemilik segala kekuasaan dan memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Dalam ucapan itu, Ahmad Zahid yang juga ketua bahagian Umno Bagan Datuk turut menyelar pengkritiknya dan mereka yang mempersendakan rancangannya untuk menguasai semula kerajaan selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Kata Ahmad Zahid, mereka yang memperlekehkannya termasuklah di kalangan pemimpin Umno sendiri.

“Di Dewan Merdeka telah dinyatakan Umno akan jadi kerajaan semula sebelum PRU15. Ketika itu orang mencebik pada saya, termasuk pemimpin dan ahli-ahli Umno, mengatakan ketua Umno bahagain Bagan Datuk yang menjadi presiden Umno cuma berangan-angan dan berada di awang-awangan.

“Tapi ternyata hasrat jadi kerajaan semula telah terjadi,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Menurut Ahmad Zahid, hakikatnya Umno dan BN tidak lemah seperti yang disangkakan sesetengah pihak.

Malah katanya, Umno telah berjaya menumbangkan dua perdana menteri dan menggantikannya dengan perdana menteri daripada parti itu sendiri.

“Jika Umno antara kepimpinan utamanya (dikatakan) tak ada hala tuju dan lemah, maka dengan tak ada hala tuju dan lemah itu dua perdana menteri telah jatuh dan diganti dengan Umno.

“Biarlah nista disimbah pada pemimpin utama Umno, namun fakta dan realiti memperlihatkan dua perdana menteri tak berkuasa lagi dan kita letakkan pemimpin Umno sebagai perdana menteri,” katanya kepada perwakilan.