BERSEDIAKAH UNTUK PILIHANRAYA MENGEJUT


IBRAHIM MAT ISA


Undi Tak Percaya ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 43 Fasal (4) menyebut:

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tak semestinya Undi Tak Percaya akan menyebabkan Perdana Menteri tak mendapat kepercayaan, malahan jika belanjawan yang dibentangkan dan ditolak oleh majoriti maka itu pun termasuk dalam Perkara 43 Fasal (4) bermaksud hilang kepercayaan Ahli Dewan Rakyat.


Mungkin kerana itu Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan yang dicadangkan oleh Muhyiddin dan Takiyuddin tidak jadi untuk dibentang Sidang kali ini. Tolak Budget Tambahan ni pun akan termasuk Perkara 43 (4). Kita perlu bersiap sedia PRU mengejut bakal diadakan.