Ramai dalam kalangan asatizah dan penceramah agama yang merupakan ahli
AMANAH gagal mendapat tauliah mengajar kerana memegang jawatan dalam parti
politik.
Malah, terdapat penceramah parti itu yang sanggup melepaskan semua
jawatan politik mereka bagi mematuhi kehendak pihak berkuasa agama.
Pengerusi Biro Syariah dan Dakwah AMANAH Perak, Azmy Mohamed Nazir
berkata, mereka tidak pernah menyuruh ahli mereka menipu hanya semata-mata
untuk mendapatkan tauliah.
Kami juga secara konsisten menasihati ustaz dan
penceramah AMANAH agar melepaskan jawatan politik sekiranya mereka ingin terus
menyumbang dalam bidang dakwah di masjid dan surau.
“Kami tidak pernah menyuruh ahli kami menipu,
memalsukan dokumen atau memanipulasi sistem demi membolehkan mereka memperoleh
tauliah.
“Perbuatan menipu demi mendapatkan tauliah bukan
sahaja melanggar undang-undang, tetapi merupakan satu pengkhianatan kepada
institusi agama dan penderhakaan terhadap amanah yang telah dititahkan Tuanku.
Ini bukan sekadar isu teknikal, tetapi isu prinsip dan integriti,” tegasnya
dalam satu kenyataan kepada Harapan Daily hari ini.
Azmy mengulas mengenai tauliah mengajar yang diperoleh
calon Perikatan Nasional (PN) Abdul Muhaimin Malek sedangkan pada masa sama dia
mempunyai jawatan dalam parti sejak 2015.
Abdul Muhaimin merupakan Yang Dipertua Pas Tapah
sejak 2021.
Sebelum itu dia memegang jawatan dalam Pas
sebagai Naib YDP Pas Kawasan Tapah (2015-2017) dan Ketua Pemuda Pas Kawasan
Tapah (2017-2021).
“Justeru, persoalan yang harus dijawab oleh
beliau adakah setiap kali beliau memohon tauliah, beliau jujur dalam
permohonannya dengan membuat deklarasi bahawa beliau memegang jawatan dalam
parti politik,” ujarnya
No comments:
Post a Comment