Seorang lelaki berkopiah dipercayai berusia lebih separuh abad menjadi bualan di media sosial selepas begitu yakin menuduh Perdana Menteri menghidap HIV.
Pengguna Facebook atas nama akaun Ku Shaharuzaman Zaman yang meninggalkan komentar berbaur fitnah itu memberitahu dakwaannya itu bersumberkan Papagomo.
“Saya dapat tahu pun dari Papagomo Sir Azri melalui TikTok dia,” katanya menerusi WhatsApp membalas pertanyaan individu yang menghubunginya.
Rata-rata mengecam tuduhan Ku Shaharuzaman yang pernah belajar di Institut al-Quran Darul Aman (IQDAR), Alor Setar itu.
Mengulas sikap tersebut, pempengaruh Najib Bakar menyifatkan tuduhan bersandarkan maklumat palsu daripada Papagomo itu adalah bencana kepada umat Melayu yang tidak dapat menggunakan akal dengan baik.
“Dok tunggu jugak bila Papagomo ni nak ke dalam for good. Dah banyak sangat kes, terang-terangan.
“He will not be missed. Takdak manusia yang akan turun ke jalan beramai-ramai solidariti for Papagomo.
“Orang tua separuh abad pun boleh percaya fitnah dia ni, takkan nak tunggu sampai budak sekolah tanya soalan tu kat PMX?” kata Najib lagi.
Akibat baik sangat tanpa tempat atau menteri yang dianggap lemah ?
No comments:
Post a Comment