Tiba di London, United Kingdom (UK) bagi mengadakan lawatan kerja selama lima hari atas jemputan rakan sejawat, Keir Starmer.
Lawatan ini dijangka akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai bidang khususnya United Kingdom (UK) adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah.
Saya percaya, lawatan ini juga akan memberikan nafas baharu kepada hubungan dua negara selepas Keir Starmer memegang jawatan Perdana Menteri sejak Julai 2024.
Jadual padat menanti saya dan delegasi bagi memanfaatkan segala ruang yang ada dalam menerokai inisiatif-inisiatif baharu terkait bidang perdagangan dan pelaburan susulan penyertaan UK dalam Comprehensive and Progressive for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) selain sinergi sektor ekonomi, ASEAN, global dan situasi di Myanmar dan Palestin.
Moga agenda, misi dan segala yang dirancang di United Kingdom ini akan dipermudahkan-Nya dan mendapat manfaat kepada rakyat dan juga negara, Insya-Allah.
—
I have arrived in London, United Kingdom, for a five-day working visit at th invitation of my esteemed counterpart, Keir Starmer.
This visit presents a valuable opportunity to enhance our bilateral relations across a range of sectors, particularly given that the United Kingdom stands as Malaysia's third-largest trading partner in Europe.
I am optimistic that this visit will reinvigorate the ties between our nations, especially following Mr. Starmer’s assumption of the role of Prime Minister in July 2024.
#MalaysiaMADANI