KEH KEH KEH....

 


KUALA LUMPUR, 18 Jan - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong menyindir PAU yang menurutnya terlalu banyak memberi tumpuan kepada DAP berbanding isu dalaman parti itu sendiri.





Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata hampir setiap ucapan di perhimpunan berkenaan menyebut DAP, termasuk nama pemimpin parti itu, sehingga seolah-olah DAP menjadi topik utama PAU.


Woo turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang mendakwa parti itu tidak pernah bekerjasama dengan DAP, sedangkan kedua-duanya kini berada dalam Kerajaan Perpaduan.


“Tapi yang paling penting adalah kekalkan semangat profesionalisme waktu bekerja. Usah sengaja katakan “tak pernah bersama” demi tunjukkan taring, ini namanya tipu diri sendiri,” ujar Woo. 


Beliau turut mengingatkan UMNO agar tidak terus memainkan naratif lama yang dianggap sebagai “musuh rekaan”, sambil menegaskan bahawa pengundi kini semakin matang dan mampu menilai keikhlasan parti politik.


#BeritaKS




No comments: