KAH..KAH..KAH TAKKAN TAK SOKONG PULAK...JAWATAN DAN FULUS MELAYANG LA..TAK KELUAR KENYATAAN PUN RAKYAT DAH FAHAM...SAMA SAMA TEBUK ATAP DAN DURHAKA PUNYA KERAJAAN.....

 

PAS terus sokong Muhyiddin, dukung semua keputusan Kabinet, kata Tuan Ibrahim



Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu-padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.

PETALING JAYA: PAS akan terus bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam mendukung semua keputusan Kabinet, kata timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataan ringkas susulan krisis berhubung pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuan Ibrahim berkata parti itu turut mendukung sistem Raja Berperlembagaan “dalam kerangka keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang”.

“PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu-padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.

“Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,” katanya yang juga menteri alam sekitar dan air dalam Kabinet Muhyiddin.

Kenyataan mengenai pembatalan Ordinan Darurat itu dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan selaku menteri undang-undang pada Mesyuarat Khas Sidang Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Hari ini, Istana Negara menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Takiyuddin kerana dibuat tanpa mendapatkan perkenan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah seperti disyaratkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Agong menegaskan kenyataan Takiyuddin pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, PAS Selangor menafikan parti itu derhaka kepada Agong berhubung pembatalan Ordinan Darurat secara mengejut itu.

“Apa yang berlaku adalah dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap tindakan menteri Kabinet yang datangnya dari PAS.

“Jika ada tindakan yang mendukacitakan Agong maka perlulah ia dirawat dan diperbetulkan agar selaras perjalanan kedua institusi dalam kerajaan iaitu Istana dan Kabinet,” kata Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang bingkas menuduh PAS sebagai derhaka kepada Istana dalam cubaan mencetuskan permusuhan antara parti itu dan Raja-raja Melayu.

“Janganlah hari ini (ada yang) memandai membakar api kebencian dan mengadu-domba semata-mata kerana gila dan kemarukkan kuasa.

“PAS sepanjang sejarahnya taat setia pada raja dan akan terus mempertahankan institusi ini dalam keadaan senang mahupun susah. Jangan sesiapa mencalarkan hubungan baik PAS dan Istana,” katanya.

No comments: