Daya intelektual pembangkang terus diragui
NORMAN RADZUAN
Dari malam tadi saya ingin komen tentang
Jasin. Tapi memandangkan sibuk dgn tugas hingga lewat malam, pagi ini baru
berkesempatan.
Berkali kali saya melihat klip video ini dgn
pelbagai perasaan. Mula2 marah, geram… apa ni lebai kau nak cakap??? Akhirnya
saya ketawa sendirian.
Selepas diminta beri hujah dimana fitnah
tersebut dia gagal berikan fakta… dia pusing dan pusing. Yg paling lucu jika
berani dgn kebenaran hujahnya mengapa apabila diugut oleh Timbalan Speaker,
Jasin menarik balik hujahnya.
Jika di luar bandar hujah Jasin dikagumi
kerana gaya dia berhujah itu sepertimana lebai2 politik berhujah di pentas
politik berdegah degah tanpa fakta.
Hari ini kita dpt melihat hujah2 kosong
mereka selama ini di pentas ceramah di Parlimen yg disaksikan jutaan rakyat.
Bila di Parlimen hujah di balas hujah bukan di seperti di pentas ceramah,
akhirnya dpt memperlihatkan kecetekan ilmu mereka.
Fitnah! Fitnah ! Bila ditanya apa yg fitnah?
Jawapannya tetap fitnah tanpa fakta. Begitulah selama ini saya sendiri pernah
bersoal jawab dgn mereka yg anti DAP. Saya tanya apa yg bahaya DAP? Mereka tak
boleh jawab bila saya bandingkan dgn MCA dan Gerakan.
Sebab itu cuba kita cabar Zukifli Ismail,
Nasaruddin serta Dusuki utk berdebat dgn Dr Asri, Mujahid dan Danial Zainal
Abidin… saya jamin cabaran ini tidak akan disahut. Saya berani menaja dan
menguruskan pendebatan itu jika Zukifli, Nasaruddin dan Dusuki bersetuju.
Mereka hanya berani berhujah berdegah degah
di hadapan ahli atau penyokong sendiri. Ia disebabkan ahli yg dikenali sebagai
‘walaun’ ini kurang daya intelektual dan hanya terpukau ayat2 berapi pemimpin
mereka.
Lihat apa terjadi pada Wacana Sinar bila
Annuar Musa terpaksa akur bila penonton yg hadir minta beliau bercakap benar
isu ‘No Anwar, No Dap dan No Bersatu.’ Jika di hadapan Annuar Musa itu hanya
walaun pasti mereka percaya kata2 Annuar ‘No Anwar dan No Dap’ sahaja.
Sebab itu saya katakan Nasaruddin jika dibuka
pendebatan dia yg dianggap Singa Pas akn menjadi seperti Kucing. Saya berkata
demikian kerana baru2 ini apabila Hussin seorang anak muda mencabar Nasaruddin
berdebat tidak disahut cabaran tersebut.
Sebab itu umat Islam perlu mengadakan debat
secara terbuka menerusi platform perdebatan secara intelektual. Ia jalan
terbaik utk mendidik masyarakat yg semakin hari semakin diracun dgn pemikiran
Islam yg sempit dan ekstrim.
Debat sebagai rangkaian utk kita menguji
tesis atau hipotesis berdasarkan ilmu dan sifatnya baik sebagai utk
mendapatkan sebuah kesimpulan yg benar dan dpt dipertanggungjawabkan. Bukan
berhujah menggunakan ayat2 Al Quran sesuka hati bukan pada tempatnya seperti
apa yg berlaku sekarang.