Jangan masuk daerah Tuhan


Abu Miskat





Walaupun benci kepada seseorang seteruk mana sekalipun, kita tak harus dan tak layak sama sekali untuk mengambil kuasa Tuhan yang maha Pengampun. 


Kita boleh pakai identiti apa sahaja untuk menyembunyikan identiti sebenar kita, tetapi Allah dan para malaikat kenal dan tahu siapa kita. Catatan malaikat tak akan silap. 


 عن جندب بن عبدالله بن سفيان البجلي رضي الله عنه، عن النبي ﷺ: أن رجلا قال: "والله لا يغفر الله لفلان!"، فقال الله: "من ذا الذي يتألى علي" (يعني يحلف على، التألي الحلف، والألية اليمين) ، من ذا الذي يتألى علي أن لا أغفر لفلان، إني قد غفرت له وأحبطت عملك رواه مسلم في الصحيح.


Daripada Jundub bin 'Abd Allah bin Sufyan al-Bajali radhiaLlahu 'anhu, daripada Nabi SAW bahawa seseorang berkata kepada seorang lain: "Demi Allah, Dia tidak akan ampunkan dosa si fulan!"


Lalu Allah berfirman: "Siapakah yang bersumpah atas nama Aku bahawa Aku tidak akan ampunkan si fulan? Sesungguhnya Aku telah ampunkan si fulan dan Aku hapuskan pahala amalan kamu. " (Hadis sahih riwayat Imam Muslim) 


Justeru, berhati-hatilah bila memasuki ruang politik, jangan sampai terlajak masuk ke dalam daerah keTuhanan.



No comments: