] PERKEMBANGAN ISU AHLI PAS! KATANYA MASIH SAYANG ISTERI!


Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, membenarkan proses sambung reman terhadap suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 14 April lalu. Ia selepas reman selama tujuh hari yang dibenarkan mahkamah pada 16 April lalu berakhir hari ini dan pihak polis membuat permohonan sambung reman bagi meneruskan siasatan terhadap suspek. Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri membenarkan reman terhadap Hafizul Hawari, 38, disambung selama lima hari bermula esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Terdahulu Hafizul tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pasa jam 8.35 pagi dengan memakai pakaian lokap dan dikawal ketat pihak polis. Ketika dalam perjalanan masuk ke bangunan mahkamah dia beberapa kali mengungkapkan bahawa dia masih menyayangi isteri. =========================================================================== Pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan ketika melindungi majikannya dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 Ahad lepas sudah sedar dua hari lalu. Isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, berkata keadaan Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, atau lebih dikenali sebagai Along, yang menerima rawatan di Hospital Cyberjaya ketika ini semakin pulih. “Dia sudah sedar. (Pihak hospital) telah hentikan pemakaian alat bantuan pernafasan pagi tadi dan suami dah boleh bercakap sedikit,” katanya kepada Bernama semalam.



No comments: