PEMBOHONGAN EXCO PERTANIAN TERENGGANU DIDEDAH.

 

Sham Ghaz





Beras: Sibuk Serang Kerajaan Pusat, Exco Pertanian Terengganu Tak Khabar “Beras Ganu” Tiada Stok Dalam Pasaran.


1. Beras jenama “Beras Ganu” adalah keluaran Kerajaan Negeri PAS Terengganu melalui anak syarikat TADC, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Δ°ktisad Negeri Terengganu.


2. Harini kami pergi tinjau beras jenama “Beras Ganu” keluaran Kerajaan Negeri di Pasaraya Ameen Hallmart, pengedar tunggal Beras Ganu juga tiada stok. Rujuk gambar. Kosong terus! 






3. Kemudian kami wasap tanya customer service mereka juga kata habis stok. Rujuk salinan wasap. 


4. Itulah, minggu ni bukan main naik tocang serang isu buang beras di Kuala Krau. Tak sedar kot beras keluaran Kerajaan Terengganu pun takda di pasaran.







5. Walhal Ahli Parlimen Kuala Krau tu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri waktu Muhyiddin jadi PM, Hadi Awang jadi Duta, Tn Ibrahim jadi Menteri dan Zawawi jadi Timbalan Menteri Pertanian.






6. “Beras Ganu” riuh duk promosi kononnya keluaran Kerajaan Negeri, padahal beras tu beli dgn Konsortium Pengilang Beras Terengganu milik Lembaga Pertubuhan Peladang, projek Kerajaan Pusat. Repackaging ja! 


7. Baja, racun, input pertanian dan pengilangan pun dibuat oleh Kerajaan Pusat.


8. YB Dr Azman Ibrahim Lebong jah lebih, telur sebijik riuh sekampung!


9. PAS sibuk duk tuduh Kerajaan Madani gagal sediakan beras tempatan di pasaran, tapi beras keluaran Kerajaan Terengganu pun tiada stok di pasaran. Kena atas muka balik. 


SG



No comments: