Ketika Perhimpunan Agung UMNO 2026 masih berlangsung di Kuala Lumpur, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula dilihat meninggalkan PAU lebih awal untuk menyertai Perdana Menteri Anwar Ibrahim di New Delhi, India.
Naib Presiden UMNO itu mengiringi PMX dalam lawatan kerja sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 yang turut menyaksikan siri pertemuan dua hala dengan pemimpin utama dunia.
Antara agenda penting yang dibawa ialah pertemuan Anwar dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang menyentuh soal kerjasama cip semikonduktor, perdagangan, eksport dan pengukuhan hubungan ekonomi Malaysia-India.
Ini bukan sekadar lawatan protokol.
India ialah antara rakan dagang penting Malaysia dan perbincangan mengenai semikonduktor serta teknologi membuka ruang baharu kepada pelaburan, rantaian bekalan dan peluang pekerjaan bernilai tinggi.
Johari pula sebagai Menteri MITI memang berada di barisan depan untuk memastikan apa yang dibincangkan di peringkat pemimpin boleh diterjemahkan kepada peluang ekonomi sebenar.
Jadi ketika sebahagian pimpinan masih berbahas soal politik dan serangan keras terhadap Anwar di PAU, Johari pilih tinggalkan dewan lebih awal dan terbang ke India.
Sebab bila masuk bab ekonomi negara, kerja tak boleh tunggu perhimpunan habis dulu.
PMX buka pintu.
Johari masuk bawa urusan pelaburan dan perdagangan.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment