PUNCA KENAPA PH KINI BEGITU LEMAH ADALAH KERANA FAKTOR UTAMA MAHATHIR YANG MENGOKESTRAKANNYA.TAPI CITA CITA TINGGI MELANGIT MELALUI PRJUANG.

 






MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Saya sebenarnya dalam cuti sabatikal jadi malas nak mengulas tentang politik. Tapi bila ada benda yang sentuh pasal PH, kita kena jawab dengan fakta.

Benda ini simple secara umumnya rakyat dah hilang kepercayaan pada parti politik dan pemimpin politik bukan sekadar terhad pada PH sahaja. PH paling teruk kena sebab PH adalah viable coalition, kita kena offer peluang untuk pengundi PH walaupun peluang nak menang tipis.

Sebab itu bila di semak pengundi PH pada PRU14 adalah pengundi yang kritikal dan mahukan perubahan. Ini di terjemahkan dalam peti undi dalam PRN Melaka dan Sarawak yang mana pengundi luar banyak tak pulang sebab undi mereka rasa tak dapat mengubah apa-apa.

Kalau Mukhriz dan Pejuang ini cerdik, kalau ada pakar analitik dalam parti pejuang, dia boleh lihat apa sentimen rakyat, kenapa rakyat hilang kepercayaan pada ahli politik.

1) Kenyataan macam manifesto bukan kitab suci dan Melayu malas itu sendiri banyak buat rakyat especially penyokong PH sendiri marah.

2) Lantik menteri-menteri kabinet yang tak guna macam Rinamon, Kereta Terbang, Mak Lampir dan hampir majoriti yang tak berguna ini dari Bersatu yang di pimpin oleh Mahathir sendiri

3) Gila kuasa nak jadi Perdana Menteri sampai 5 tahun, sanggup orkestrakan berhenti olok-olok konon2nya dapat jadi PM satu penggal, sekali kena sailang dengan PM PDF. Betul pun pepatah Melayu kata orang tamak selalu rugi.

4) Import katak-katak dari UMNO kononnya nak bagi kuat kerajaan. Yang sebenarnya katak-katak tersebut lompat sebab takut pendakwaan. Itu yang PM PDF terus buat masa jadi PM Perkatak Nasional. Well he does learn it from the best.

Lepas itu sembang nak bertanding 120 kerusi, mungkin Pejuang tak belajar dengan Parti lebai PRU14, bertanding 155 menang hanya 18. Pantai barat banyak hilang deposit.

Betul PH tak kuat, nak kuat macam mana, sampah yang Mahathir buat, semua PH kena cuci, to be exact Anwar yang kena cuci.

Tapi mark my words, kalau Pejuang bertanding dengan PH di kawasan Bandar dan Semi-Bandar, Pejuang sudah pasti hilang deposit.

At this rate, PH has nothing to lose. Kalau UMNO menang, pasti geng-geng Pejuang dan Bersatu pula akan ambil giliran jadi kluster mahkamah.

Tapi paling pathetic ialah apa, untuk sesorang yang 2 kali di lantik jadi Menteri Besar tumpang nama bapa, dan kalah bertanding merebut jawatan dalam parti, saya pelik macam mana dia ada audacity nak kata masa Anwar sudah berlalu? Bayangkan sampai bapa terpaksa buat parti baru, iyalah kalau tak camna anak sendiri nak jadi Presiden.

Teringat pesanan Mahathir, orang Melayu ini tak pandai politik, dia seronok nak jadi Presiden, bila nak jadi presiden dia buka parti baru.

Kiranya Mahathir mudah lupa tak Mukhriz?

Cuma kalau jadi PM nanti harap-harap cerdik sedikit la dari Mail Sabri ya. Itupun kalau menang bertanding 120 kerusi.

Tapi bila Mahathir yang kini sudah 97 tahun kata nak bertanding lagi pada PRU15, sudah tentu sebab isim nak jadi Perdana Menteri lagi, dia tak kata pula masa Mahathir telah berlalu.

Saya tak boleh nak proses, masa dalam Bersatu, bila Mahathir import katak dari UMNO masuk dalam Bersatu, dia langsung tak bunyi. Lepas itu sembang mahu bawa pembaharuan.

Sebelum dapat kuasa sembang berjuang demi orang Melayu, bila dapat kuasa, senang-senang sembang Melayu malas. Padahal anak beranak dia sendiri semua lahir sudah ada silverspoon.

Tapi benda ini bukan susah nak baca, ini semua proxy nak cucuk Anwar, mula Mahathir keluarkan memoir, Anwar buat donno, lepas tu Pie Bedal kritik pun Anwar buat donno, kini sampai la masa anak bapa cuba trigger benda yang sama.

Yang ironiknya , Pie Bedal sembang tak nak kalah, nak expand ke Semenanjung, kritik Anwar, sekali Adun parti dia sendiri keluar parti sebab hilang kepercayaan. Jenis yang sama tak reti ukur baju di badan sendiri.

Ni saya nak pesan untuk rakan-rakan Pejuang, yang bagi saya buat benda yang sia-sia sebab Mahathir sendiri dah gagal dari UMNO, Bersatu dan kini Pejuang. Bersatu adalah UMNO 2.0 dan Pejuang adalah Bersatu 2.0. Kita tengok kualiti pemimpin dalam Bersatu sekarang dan kita boleh ramalan tentang kualiti pempimpin dalam Pejuang.

IDK kalau umur 97 tahun masih lagi gila nak jadi PM, i rest my case. Benarlah hadis nabi SAW.

"Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara, panjang umur dan cinta harta." [Hadits riwayat Muslim]

Cuma saya nak berterima kasih sebab terang-terang kata tak nak berkerjasama dengan PH/PKR, senang nak bagi faham geng-geng dalam PH yang masih dalam utophia sibuk nak khemah besar.

Macam minyak dengan air, memang boleh kasi penuh botol; tapi nak mengoreng ikan pun tak boleh, nak buat minum pun tak hilang dahaga.