SELEPAS TSUNAMI POLITIK...KINI TSUNAMI MINYAK DAN KESANNYA


Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata bantahan itu perlu dibuat segera memandang keputusan kenaikan harga minyak adalah sesuatu yang mengejutkan ramai pihak malah tidak menyangka kerajaan bersikap 'kering hati' dalam membuat keputuasan tanpa mengambil kira kesulitan yang bakal dihadapi rakyat.
"Jika kerajaan boleh buat keputusan melalui kuasanya tanpa mengambil kira nasib rakyat maka rakyat juga boleh menunjukkan kuasa melalui suara protes mereka. Keputusan naik dan turun ini berada di tangan kerajaan maka rakyat mestilah menunjukkan bantahan yang di buat secara menyeluruh di seluruh negara.

"Jika Perdana Menteri merayu supaya rakyat untuk tidak berdemonstrasi maka rakyat juga boleh berdemonstrasi untuk 'merayu' supaya kerajaan menurunkan harga minyak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Kini yang pastinya mulai Julai kenaikan Tarif elektrik juga akan turut naik.Maka kerana itu tidak mustahil harga barangan lain juga akan turut naik.Maka rakyat Malaysia kini akan jatuh dibawah paras kemiskinan seperti Tahun 70an semula.Memang kita akan kembali ke belakang semula.Yang hairannya kita adalah negara pengeluar minyak....