KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU : ANDA MUSLIM YANG BAIK ? JOM BACA SIRI 1

 

KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU : ANDA MUSLIM YANG BAIK ? JOM BACA SIRI 1

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

 

MMMS

 

Sebagai seorang muslim, saya suka mencari-cari hikmah dalam setiap perkara yang terjadi supaya boleh di elak di masa hadapan dan juga untuk di jadikan iktibar. 

 

Ini bertepatan dengan hadith Nabi di bawah. 

 

“Mukmin tidak dipatuk dua kali pada lubang yang sama.” Hadith riwayat al-Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998.

 

Waktu pengkhianatan ini mula-mula berlaku, macam-macam alasan dan ayat-ayat Allah di jual untuk menghalalkan khianat tersebut. Ada asatisizah bagi jaminan kata akan dapat rahmat sebab kerajaan Melayu Islam; ada yang kata kurang mudharat, ada pula yang kata lepas kerajaan ghadir naik, isu perkauman semuanya reda. Tapi yang dia tak nampak, isu tersebut reda sebab mereka sudah mendapat laba. Jenis naif politik tapi gigih menjual fatwa. 

 

Padahal dalam Quran jelas menyebut yang setiap perjanjian itu perlu di sempurnakan dan jangan khianat. 

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “… dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Surah Al-Israa’, ayat 3.

 

Salah satu yang tuduhan waktu khianat itu, ialah menuduh orang yang hendak melakukan Islah @ reform sebagai rakus. Tapi setelah 31 bulan, yang di jamin itu sebenarnya rakus, hanya pandai berkhianat, bila di beri kuasa satu apa pun tak tahu. Perangai sebiji macam tikus membaiki labu. 

 

Dalam mana-mana zaman, pasti akan ada mehnah dan ujianya.

 

Tujuan Allah beri ujian seperti pengkhianatan adalah untuk melihat siapa yang lebih bertakwa, jujur pada ilmu dan amanah.

 

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

 

Tapi kita sering tertanya, kenapa Allah takdirkan mereka memerintah menjadi kerajaan?

 

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Al-An'Am/6:32)

 

Dah Allah juga telah merakamkan permintaan orang yang zalim di hari akhirat untuk di kembalikan semula di dunia untuk bertaubat tetapi Allah telah menolak permintaan mereka kerana Allah tahu mereka pasti akan kembali berbuat zalim.

 

"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?”. [Ibrahim/14:44]

 

Ini Allah sebut yang penzalim itu semuanya adalah pendusta, jika di beri peluang kembali ke dunia, mereka masih akan mengulangi kezaliman mereka.

 

"Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka [al-An’am/6:28]

No comments: